Terpijak pedal minyak, pemandu rempuh premis, kenderaan lain

TAWAU – Akibat terpijak pedal minyak, sebuah kenderaan dipandu seorang lelaki berumur 60 tahun merempuh sebuah premis perniagaan dan kenderaan lain di Batu 3, Jalan Apas, di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, lelaki berkenaan baharu selesai mendapatkan rawatan di sebuah klinik berhampiran.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu dipercayai telah terpijak pedal minyak ketika hendak keluar dari petak parkir sebelum meluncur ke hadapan lalu melanggar sebuah premis perniagaan.

“Dalam keadaan panik, pemandu cuba mengundurkan kenderaan sebelum melanggar sebuah kenderaan lain yang sedang diletakkan berhampiran, ” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing terhadap pemandu berkenaan didapati negatif dadah manakala ujian pernafasan turut dijalankan di Pejabat Trafik IPD Tawau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Rosdi turut menyeru orang ramai yang melihat kejadian atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Mohd Hanafiah Mat Sari di talian 019-886 7715 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

“Semua pengguna jalan raya, sama ada memandu kenderaan transmisi automatik atau manual, sentiasa pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, memberi perhatian sepenuhnya ketika mengendalikan pedal minyak dan brek serta memastikan gear berada pada kedudukan yang betul sebelum menggerakkan kenderaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, “ujarnya.

Related Posts

Ekonomi Sarawak diunjur berkembang 6 peratus pada 2027, pelaburan diluluskan RM11.2 bilion

KUCHING – Ekonomi Sarawak diunjurkan berkembang antara lima hingga enam peratus pada 2027, disokong permintaan domestik yang berdaya tahan serta pelaksanaan berterusan projek pelaburan strategik. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hasil Sarawak 2026 diunjur RM13.57 bilion, pemberian khas Persekutuan naik RM1.5 bilion

KUCHING – Kerajaan Sarawak menyemak naik unjuran hasil negeri bagi 2026 kepada RM13.571 bilion, meningkat RM552 juta atau empat peratus berbanding anggaran asal RM13.049 bilion. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ekonomi Sarawak diunjur berkembang 6 peratus pada 2027, pelaburan diluluskan RM11.2 bilion

Ekonomi Sarawak diunjur berkembang 6 peratus pada 2027, pelaburan diluluskan RM11.2 bilion

Tubuh badan khas pantau kementerian terlebih belanja, kurang belanja – Puad Zarkashi

Tubuh badan khas pantau kementerian terlebih belanja, kurang belanja – Puad Zarkashi

Hasil Sarawak 2026 diunjur RM13.57 bilion, pemberian khas Persekutuan naik RM1.5 bilion

Hasil Sarawak 2026 diunjur RM13.57 bilion, pemberian khas Persekutuan naik RM1.5 bilion

KPM faham keresahan ibu bapa, penutupan sekolah bergantung IPU semasa

KPM faham keresahan ibu bapa, penutupan sekolah bergantung IPU semasa

Anwar doakan Siti Zailah segera sembuh selepas kemalangan

Anwar doakan Siti Zailah segera sembuh selepas kemalangan

Prasarana asas desa dinaik taraf, pemangkin pembangunan luar bandar

Prasarana asas desa dinaik taraf, pemangkin pembangunan luar bandar