Komitmen padu Kerajaan MADANI salur peruntukan tingkat mutu pendidikan Islam

TAWAU – Peruntukan yang disalurkan Kerajaan MADANI kepada sekolah pondok dan institusi tahfiz membuktikan komitmen jitu kerajaan memperkembangkan pendidikan dan kefahaman Islam.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tawau, Fung Thin Yein berkata, usaha itu secara tidak langsung memastikan kebajikan institusi berkenaan terus diberi perhatian.

“Banyak sekolah pondok dan tahfiz dalam negara mendapat peruntukan daripada Kerajaan MADANI.

“Ini menunjukkan bahawa agenda Islam terus menjadi perhatian dan terbela di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Menurut Fung, sokongan berterusan kerajaan terhadap sekolah pondok dan tahfiz memperlihatkan bahawa pembangunan pendidikan agama turut menjadi sebahagian daripada agenda pentadbiran Kerajaan MADANI.

“Bantuan dan peruntukan berkenaan penting bagi membantu institusi pendidikan Islam memperkukuh kemudahan serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih baik kepada pelajar.

“Usaha itu juga mencerminkan pendekatan kerajaan yang memberi perhatian kepada pembangunan pendidikan secara menyeluruh, termasuk pendidikan berteraskan agama, demi melahirkan generasi berilmu dan berakhlak,” ujarnya.

Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM2.8 juta untuk membaik pulih infrastruktur asas di 14 institusi pendidikan Islam di seluruh Kedah.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata peruntukan bagi memastikan pelajar dapat menuntut ilmu dalam persekitaran yang lebih selesa dan selamat.

“Kerajaan MADANI akan terus memartabatkan syiar Islam dengan memperkukuh institusi pendidikan Islam serta menyuburkan pengajian dan kefahaman ilmu hadis dalam masyarakat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, pada Jumaat, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM2.8 juta tahun ini untuk membaik pulih infrastruktur asas 14 institusi pendidikan Islam di seluruh Kedah bagi memastikan pelajar dapat menuntut ilmu dalam persekitaran yang lebih selesa dan selamat.

Katanya, Kerajaan MADANI akan terus memartabatkan syiar Islam dengan memperkukuh institusi pendidikan Islam serta menyuburkan pengajian dan kefahaman ilmu hadis dalam masyarakat.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM250,000 bagi pelaksanaan Program Khatam Hadis Sunan Sittah dan Musthola Hadis.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun