Kerajaan Persekutuan tidak campur urusan diraja Negeri Sembilan – Anwar

PENDANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak mencampuri urusan pentadbiran Negeri Sembilan, khususnya berkaitan institusi diraja dan adat negeri itu.

Anwar berkata, beliau menghormati peranan Undang serta proses yang ditetapkan, namun pada masa sama Kerajaan Persekutuan mempunyai tanggungjawab memastikan urusan negara, keselamatan dan institusi dilaksanakan mengikut lunas undang-undang.

“Ada orang tanya Anwar apa yang nak campur? Saya kata saya tak campur. Apa yang saya campur?

“Undang ambil keputusan, ada pihak yang menyokong mereka, bagi pandangan, tak ada masalah. Saya tak mahu campur.

“Tapi Undang itu pun yang mana sah, yang mana tak sah, itu dua. Pilih, selesaikan yang itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Pendang Berselawat di Perkarangan Pondok Pertubuhan Mujamma’ Ibnu Sunni Al-Talaqqi Pendang, Kedah (Mushtaq), pada Jumaat.

Anwar berkata, Kerajaan Persekutuan sebelum ini turut menjelaskan pendirian untuk tidak mencampuri urusan adat serta sistem pemerintahan beraja di Negeri Sembilan.

Sebaliknya, katanya, Kerajaan Persekutuan menghormati proses yang ditetapkan menerusi Perlembagaan, undang-undang dan amalan adat negeri berkenaan.

Kemelut institusi diraja Negeri Sembilan tercetus susulan isu proklamasi bertarikh 19 April 2026 berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum ini menyatakan proklamasi berkenaan tidak sah.

Pada masa sama, Kerajaan Negeri Sembilan turut berdepan pertikaian berkaitan tindakan dan keputusan yang mempunyai kaitan dengan kedudukan institusi diraja negeri itu.

Related Posts

Gempa bumi lemah magnitud 3.3 gegar Kuamut

KUAMUT – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 berlaku di Kuamut, Kinabatangan, Sabah pada pukul 5.32 pagi, hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Sabtu,  gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

ALOR SETAR – Kerajaan Persekutuan sedia mempertimbang cadangan mengembalikan keistimewaan status bebas cukai Langkawi bagi membantu merancakkan aktiviti perniagaan di pulau peranginan itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gempa bumi lemah magnitud 3.3 gegar Kuamut

  • By Fandi
  • September 26, 2026
Gempa bumi lemah magnitud 3.3 gegar Kuamut

Kerajaan Persekutuan tidak campur urusan diraja Negeri Sembilan – Anwar

Kerajaan Persekutuan tidak campur urusan diraja Negeri Sembilan – Anwar

City bersalah 114 tuduhan dikemukakan EPL

City bersalah 114 tuduhan dikemukakan EPL

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027