
KUAMUT – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 berlaku di Kuamut, Kinabatangan, Sabah pada pukul 5.32 pagi, hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Sabtu, gempa itu dikesan pada koordinat 5.1 darjah Utara dan 116.8 darjah Timur dengan kedalaman 118 kilometer (km).
Gempa berkenaan berlaku kira-kira 223 kilometer barat laut dari Tarakan, Indonesia dan 34 km barat daya dari Tongod, Sabah.
MetMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian berkenaan.



