GPS sedia pertahan semua kerusi DUN

BETONG – Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersedia mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili gabungan itu sekiranya pilihan raya negeri diadakan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sokongan terhadap usaha berkenaan penting bagi memastikan semua kerusi DUN kembali kepada GPS apabila tiba masanya.

“Kita semua menyokong kuat dan kita berharap apabila wisel ditiup nanti, kita akan memastikan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kembali ke tangan GPS,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Sarawakku Sayang Bahagian Betong di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Uggah menegaskan kepimpinan GPS perlu terus memastikan setiap komitmen yang diberikan kepada rakyat dilaksanakan, bukannya sekadar menjadi janji kosong.

Katanya, pendekatan kepimpinan GPS adalah menterjemahkan perkara yang dijanjikan kepada rakyat melalui pelaksanaan.

“Pemimpin kita tidak hanya berjanji. Pemimpin kita tunai janji.

“Di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, GPS akan melaksanakan apa yang kita janjikan,” katanya.

Menurut Uggah, keupayaan melaksanakan komitmen kepada rakyat perlu terus menjadi antara keutamaan kepimpinan dalam meneruskan agenda pembangunan Sarawak.

Related Posts

Hannah gesa laluan standard acara larian kurangkan gangguan trafik KL

KUALA LUMPUR – Penganjur acara larian di ibu negara digesa menyelaraskan laluan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengurangkan gangguan trafik susulan penutupan jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penambahan kerusi Parlimen untuk Sarawak belum masuk fasa rasmi

BETONG – Penambahan kerusi Parlimen bagi Sarawak belum sampai ke peringkat proses rasmi, sekali gus menjelaskan mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini belum menerima sebarang cadangan mengenainya. Premier Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemerkasaan pembangunan bumiputera tidak pernah dipinggirkan Kerajaan MADANI

Pemerkasaan pembangunan bumiputera tidak pernah dipinggirkan Kerajaan MADANI

PAUiTM diamanah nilai prestasi agensi Bumiputera, perkasa keupayaan universiti

PAUiTM diamanah nilai prestasi agensi Bumiputera, perkasa keupayaan universiti

Betong bakal miliki Pusat Konvensyen Mini

Betong bakal miliki Pusat Konvensyen Mini

Hannah gesa laluan standard acara larian kurangkan gangguan trafik KL

Hannah gesa laluan standard acara larian kurangkan gangguan trafik KL

Literasi Pertahanan Nasional perkukuh kesedaran masyarakat terhadap pertahanan negara

  • By Ezmie
  • September 26, 2026

RM2.5 juta peruntukan bagi hidupkan kembali kampus UiTM Tun Arshad Ayub

RM2.5 juta peruntukan bagi hidupkan kembali kampus UiTM Tun Arshad Ayub