SPR tetapkan 7 Oktober mesyuarat khas PRN Melaka ke-16

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 7 Oktober ini.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, mesyuarat berkenaan diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Rabu lalu.

Katanya, mesyuarat khas itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun.

“Perkara yang akan dibincangkan ialah tarikh-tarikh penting PRN Melaka ke-16 seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Khairul Shahril berkata, SPR akan mengadakan sidang media sejurus selepas mesyuarat khas tersebut.

Sebelum ini, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran DUN Melaka berkuat kuasa Rabu lalu.

Pembubaran itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Related Posts

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

ALOR SETAR – Kerajaan Persekutuan sedia mempertimbang cadangan mengembalikan keistimewaan status bebas cukai Langkawi bagi membantu merancakkan aktiviti perniagaan di pulau peranginan itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

PUTRAJAYA – Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA yang disiasat berkait penyelewengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) akan didakwa di mahkamah minggu hadapan. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM