Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

KOTA KINABALU – Parlimen Sepanggar wajar diberi keutamaan untuk dipecahkan kepada dua kawasan sekiranya berlaku penambahan bilangan kerusi Parlimen di Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, kawasan berkenaan kini mempunyai kira-kira 130,000 pengundi, sekali gus menjadikannya Parlimen dengan jumlah pengundi paling ramai di Sabah.

“Jadi, ini kalau kita mahu menambah parlimen di Sabah ini, semestinya Sepanggar mesti diutamakan.

“Jadi kita cadangkan, saya cadangkan tadi untuk Sepanggar ini kita bahagi dua, mungkin satu Parlimen Sepanggar (contoh), mungkin yang kedua mungkin Parlimen Inanam,” ujarya kepada media selepas merasmikan Pesta Kuih Bulan sempena Hari Malaysia Parlimen Sepanggar di Plaza Kolombong, di sini pada Sabtu.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, cadangan berkenaan antara perkara yang perlu dilihat susulan persetujuan secara dasar dalam Mesyuarat Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk meningkatkan nisbah representasi bilangan Parlimen Sabah dan Sarawak.

“Peningkatan itu penting bagi memastikan suara rakyat Sabah dan Sarawak mendapat representasi yang sewajarnya di Parlimen.

“Itu yang dalam spirit-nya one-third lah, sebab kita mahu supaya apa-apa pun keputusan dasar yang dibuat di Parlimen mesti mendengar suara hati rakyat Sabah dan Sarawak.

“Jadi kita tidak mahu keputusan itu hanya sebelah pihak sahaja. Maknanya mungkin Semenanjung sahaja. Kita mahu supaya sebelum apa-apa keputusan besar dibuat untuk negara ini, ketiga-tiga wilayah ini mesti bersetuju bersama,” jelasnya.

Tambahnya, bagi cadangan pembahagian Parlimen Sepanggar, DUN Menggatal dan Kolombong boleh dipertimbangkan untuk membentuk Parlimen Inanam, manakala DUN Darau dan Karambunai dikekalkan di bawah Parlimen Sepanggar.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, beliau akan mengadakan kunjungan hormat kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Selasa depan, bagi membincangkan proses serta tempoh masa yang diperlukan untuk meningkatkan bilangan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak.

“Saya tidak mahu perkara ini hanya peringkat dasar, tidak ada pelaksanaan. Tugas saya sebagai Menteri yang bertanggungjawab, pastikan dasar ini dapat dilaksanakan.

“Jadi, saya mahu tahu apa proses-prosesnya yang perlu dibuat dan timeline-nya. Saya perlu itu,” tegas beliau.

Sehubungan itu, katanya, pertemuan berkenaan bukan khusus membincangkan Parlimen Sepanggar, sebaliknya keseluruhan cadangan penambahan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak.

Mengenai jumlah kerusi yang wajar ditambah, Mustapha berkata, perkara itu perlu dikaji berdasarkan fakta dan angka sebelum sebarang cadangan dikemukakan kepada Kabinet.

“Mungkin ada cadangan-cadangan 35, ada yang kata 37, 36. Saya kena berbincang dulu, saya tidak boleh sewenang-wenangnya sebab saya kena bertanggungjawab dengan apa yang keluar daripada mulut saya, perlu ada fakta dan angka,” ujarnya.

Related Posts

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

SANDAKAN – Kejadian tanah runtuh sepanjang kira-kira 150 meter menyebabkan Jalan Sim-Sim berhampiran Tokong Cina Pau Kung, di sini, ditutup atas faktor keselamatan pada malam Sabtu. Ketua Balai Bomba dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

SANDAKAN – Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dan wakil Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Kuala Lumpur memperkukuh kerjasama dua hala menerusi latihan bersama berkaitan pengurusan kecemasan. Komander ESSCOM, Datuk Victor…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR