Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

KOTA KINABALU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud menghormati pendirian Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan atas prinsip yang dipercayainya demi kebaikan negara.

Mustapha berkata, beliau bagaimanapun belum menerima maklumat penuh berhubung perkembangan terkini membabitkan Anthony Loke dan DAP.

“Ya, ini yang terkini yang saya terima. Jadi saya pun belum mendapat maklumat penuh. Tetapi kita hormati pendirian kepimpinan DAP yang sanggup meletakkan jawatan atas prinsip mereka.

“Jadi, kita akan bincang perkara ini minggu depan dan saya fikir Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kalau betul ada kekosongan, sudah tentu akan ada rombakan kabinet,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Pesta Kuih Bulan sempena Hari Malaysia Parlimen Sepanggar di Plaza Kolombong, di sini pada Sabtu.

Anthony Loke, pada Sabtu, sukarela meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung hampir tiga jam.

Beliau dilaporkan akan mengemukakan surat perletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

Pada masa sama, Loke memaklumkan peletakan jawatan itu hanya membabitkan dirinya, manakala menteri dan timbalan menteri daripada DAP yang lain akan kekal dalam kerajaan bagi memastikan kestabilan politik negara.

Related Posts

Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

KENYATAAN Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menyerahkan kepada ahli parti itu sama ada mahu menyumbang kepada tabung bagi membantu Datuk Seri Najib Razak membayar denda…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

KUALA LUMPUR – Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

  • By Ezmie
  • September 20, 2026
Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

Brighton tewaskan Arsenal, lebur rekod penyandang juara EPL

Brighton tewaskan Arsenal, lebur rekod penyandang juara EPL

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM