Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

SANDAKAN – Cadangan menaik taraf terminal Lapangan Terbang Sandakan dilihat tepat pada masanya bagi menyokong perkembangan sektor pelancongan menjelang kempen Visit Sabah Year 2027.

Presiden Persatuan Pelancongan Sandakan (STAN), Teo Chee Kim berkata, perkara berkenaan dimaklumkan oleh Pengurus Lapangan Terbang Sandakan yang baharu dilantik, Muhammad Irfan Mohd Noor ketika kunjungan kerja STAN ke lapangan terbang berkenaan baru-baru ini.

“Antara skop kerja naik taraf yang dicadangkan termasuk pemasangan dua jambatan penghubung penumpang tambahan, penyusunan semula ruang balai berlepas dan ketibaan serta penambahbaikan sistem penghawa dingin terminal.

“Penambahbaikan itu penting bagi meningkatkan pengalaman ketibaan pelancong selain mengukuhkan kedudukan Sandakan sebagai pintu masuk utama ke kawasan timur Sabah,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Menurut Teo, kemudahan e-gate di kaunter imigresen turut dicadangkan sebagai sebahagian daripada projek berkenaan.

“Kerja-kerja naik taraf dijangka bermula awal tahun depan dan penambahbaikan ini pastinya dialu-alukan penggiat pelancongan serta pengunjung.

“Lapangan Terbang Sandakan menjadi antara pintu masuk penting kepada ribuan pelancong setiap tahun. Kita boleh menjangkakan terminal yang lebih luas dan selesa selepas projek ini siap.

“Peningkatan kemudahan amat diperlukan terutama ketika musim puncak apabila jumlah penumpang meningkat dan kemudahan sedia ada tidak sentiasa dapat memenuhi jangkaan pengguna,” tegasnya.

Dalam pada itu, Teo berkata, STAN dan Malaysia Airports turut bersetuju mengenai kepentingan kerjasama lebih erat bagi menyokong pertumbuhan sektor pelancongan di Sandakan.

“Antara perkara dibincangkan termasuk usaha meningkatkan hubungan udara, penambahbaikan susunan tempat letak bas pelancong, kelancaran aliran penumpang dalam terminal serta paparan maklumat pelancong yang lebih baik.

“STAN berharap kerjasama dengan Malaysia Airports dan pihak berkepentingan lain dapat diteruskan bagi memastikan Lapangan Terbang Sandakan bersedia menampung peningkatan ketibaan pelancong, khususnya menjelang Visit Sabah Year 2027,” kongsinya.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir memaklumkan kementeriannya meluluskan projek naik taraf Lapangan Terbang Sandakan bernilai RM24 juta menerusi Dana Pembangunan Lapangan Terbang (ADF).

Projek itu merangkumi pemasangan dua jambatan udara penumpang, naik taraf sistem penghantar bagasi, kemudahan imigresen dan NIISe E-Gate serta peluasan balai berlepas, dengan kerja fizikal dijangka bermula pada suku keempat 2026 dan siap menjelang penghujung 2027.

Related Posts

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

KUANTAN – Kira-kira 10,000 belia berusia antara 13 hingga 30 tahun memeriahkan Fiesta Rakan Muda @ Pahang 2026 yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis lepaskan tembakan tahan Perodua Myvi, pasangan kekasih ditahan cubaan bunuh anggota polis
  • AdenAden
  • September 13, 2026

KULAI – Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar sebuah Perodua Myvi selepas pemandunya bertindak agresif merempuh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Jalan Kenari, Bandar Putra, awal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

  • By Fandi
  • September 13, 2026
Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

‘Guru minta izin nyanyi kejap’, lagu Hindi klasik dendangan Anwar curi perhatian

‘Guru minta izin nyanyi kejap’, lagu Hindi klasik dendangan Anwar curi perhatian