Mandat bukan sekadar jawatan, Pemuda perlu buktikan khidmat – Syed Hussien

KUALA LUMPUR – Penegasan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh bahawa Pemuda yang malas tidak akan dicalonkan pada pilihan raya akan datang disifatkan selari dengan keperluan setiap pemimpin membuktikan kesungguhan selepas diberikan mandat dan kepercayaan.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah berkata, jawatan yang diberikan parti dan kepercayaan masyarakat perlu dilihat sebagai amanah yang mesti dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Beliau berkata, seseorang yang sudah diangkat parti dan mendapat sokongan masyarakat perlu menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan tanggungjawab, bukannya menganggap jawatan sebagai kedudukan semata-mata.

“Jawatan ini merupakan satu amanah dan juga tanggungjawab. Semestinya apabila seseorang itu telah diangkat oleh parti dan telah dijayakan oleh masyarakat, kita perlu menunjukkan kesungguhan kita apabila kita diberikan mandat dan juga kepercayaan.

“Sama juga seperti saya, apabila kita dah diberi mandat, pastilah perkhidmatan ini menjadi keutamaan kepada kawasan kita terutamanya,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026.

Mengulas kenyataan Akmal itu, Syed Hussien berkata, prinsip berkenaan bukan sahaja terpakai kepada wakil rakyat, malah setiap individu yang diberikan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada parti dan masyarakat.

“Sekiranya kita berperanan di dalam negeri mahupun di peringkat lain, maka kita perlu jayakan dengan penuh amanah dan jujur,” katanya.

Dalam ucapan beliau pada PAU 2026, Akmal menegaskan Pemuda UMNO tidak akan mencalonkan pemimpin muda yang malas atau tidak menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan tanggungjawab.

Penegasan itu mencerminkan pendirian bahawa pemilihan calon perlu mengambil kira prestasi, kesungguhan dan rekod khidmat seseorang kepada parti serta rakyat.

Syed Hussien berkata, kesungguhan melaksanakan amanah penting bagi memastikan kepercayaan yang diberikan parti dan rakyat dapat dipelihara.

Dalam pada itu, beliau berkata, UMNO sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan Melayu dan pada masa sama menjadi sebahagian daripada Barisan Nasional (BN) mempunyai tanggungjawab untuk mendekati serta berkhidmat kepada semua kaum.

Katanya, kemampuan pemimpin UMNO mendekati masyarakat pelbagai latar belakang juga penting bagi memastikan perjuangan parti dapat diterima secara lebih meluas.

Beliau berkata, khidmat kepada rakyat perlu menjadi ukuran utama seseorang pemimpin selepas diberikan mandat, sejajar dengan tanggungjawab yang dipikul mereka.

Related Posts

Wanita UMNO perlu bantu raih semula kepercayaan rakyat – Noraini

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO perlu memainkan peranan lebih besar dalam usaha parti meraih semula kepercayaan rakyat dengan memastikan perjuangan UMNO diterjemahkan menerusi tindakan yang memberi manfaat kepada masyarakat. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ada keperluan pinda perlembagaan jamin 30 peratus Wanita UMNO jadi calon pilihan raya 

KUALA LUMPUR – Wakil Wanita UMNO mencadangkan pindaan perlembagaan parti bagi menjamin sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita dalam setiap Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN). Ketua Wanita…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita UMNO perlu bantu raih semula kepercayaan rakyat – Noraini

Wanita UMNO perlu bantu raih semula kepercayaan rakyat – Noraini

Isu Proklamasi Negeri Sembilan, Ahmad Zahid jumpa Ismail Lasim

Isu Proklamasi Negeri Sembilan, Ahmad Zahid jumpa Ismail Lasim

Identiti UMNO kekal, hak semua kaum tetap dijaga – Noraini

Identiti UMNO kekal, hak semua kaum tetap dijaga – Noraini

Ada keperluan pinda perlembagaan jamin 30 peratus Wanita UMNO jadi calon pilihan raya 

Ada keperluan pinda perlembagaan jamin 30 peratus Wanita UMNO jadi calon pilihan raya 

Mandat bukan sekadar jawatan, Pemuda perlu buktikan khidmat – Syed Hussien

Mandat bukan sekadar jawatan, Pemuda perlu buktikan khidmat –  Syed Hussien

Gabungan UMNO-Pas perlu bawa manfaat kepada semua rakyat – Syed Hussien

Gabungan UMNO-Pas perlu bawa manfaat kepada semua rakyat – Syed Hussien