Jangan jadi Tuhan tentukan syurga, neraka – Sheikh Wazir

UMAT Islam tidak boleh menentukan seseorang itu bakal menjadi penghuni syurga atau neraka kerana perkara tersebut merupakan hak mutlak Allah SWT, kata Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan, Tuan Guru Sheikh Wazir Che Awang Al-Waki.

Beliau yang juga Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan berkata, syurga dan neraka bukan milik manusia untuk ditentukan, sebaliknya di bawah kekuasaan Allah SWT.

Menurutnya, seseorang yang meninggal dunia dalam keadaan beriman dan mengakhiri hayat dengan kalimah syahadah mempunyai peluang untuk memperoleh syurga berdasarkan ajaran Islam.

“Syurga bukan milik kita. Syurga ini milik Allah. Nabi kita telah bersabda, yang menentukan masuk syurga adalah kalimah syahadah. Seseorang itu mati atas iman dan kalimah syahadah, akhir kalamnya La ilaha illallah, maka itulah pintu atau peluang untuk masuk syurga, bukanlah kita yang menentukan,” katanya dalam satu kenyataan video pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas polemik berkaitan kenyataan bahawa seseorang yang menyertai Pas dan memperjuangkan Islam berpeluang masuk syurga.

Sheikh Wazir berkata, manusia tidak sewajarnya mengambil kedudukan seolah-olah mempunyai kuasa menentukan siapa yang layak memasuki syurga atau neraka.

“Kalau kita menentukan, maksudnya kita boleh menentukan orang ini masuk syurga, orang ini tidak boleh masuk syurga. Bererti kita seolah-olah Tuhan.

“Seorang yang kata dia boleh menentukan, boleh menentukan siapa masuk syurga, seolah-olah Tuhan walaupun tidak mengaku pada hakikatnya sebagai Tuhan,” katanya.

Menurutnya, percakapan sedemikian boleh memberikan gambaran seolah-olah seseorang itu mempunyai kuasa menentukan syurga dan neraka yang hakikatnya hanya milik Allah SWT.

Sebelum ini, ungkapan ‘masuk Pas akan masuk syurga’ sering dianggap sebagai sindiran terhadap parti berkenaan oleh pihak yang menentangnya.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan menjelaskan bahawa perjuangan yang dibawa parti itu berlandaskan Islam dan seseorang yang menyertainya dengan niat memperjuangkan Islam mempunyai peluang untuk memperoleh syurga apabila meninggal dunia.

Kenyataan berkenaan kemudiannya mencetuskan perbincangan mengenai sejauh mana seseorang atau mana-mana kelompok boleh membuat ketetapan berkaitan kedudukan seseorang di akhirat.

Related Posts

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa membabitkan pelajar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan