Jangan tunggu tragedi, segera audit keselamatan struktur lebuh raya

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan audit keselamatan menyeluruh dan berkala dilaksanakan terhadap struktur dan papan iklan di sepanjang lebuh raya utama di seluruh negara demi melindungi pengguna.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, walaupun laporan awal menunjukkan tiada kehilangan nyawa, insiden terbabit tidak seharusnya dianggap sebagai gangguan trafik biasa

Menurut beliau, ini kerana keselamatan pengguna jalan raya mesti diutamakan berbanding pertimbangan pengiklanan, komersial mahupun perkara lain.

“Audit itu harus meneliti keadaan fizikal, kestabilan asas, sambungan, tahap kakisan, integriti struktur serta keupayaan untuk menahan cuaca dan tekanan persekitaran lain.

“Struktur yang didapati tidak selamat, mengalami kerosakan teruk atau tidak lagi mematuhi keperluan keselamatan hendaklah dibaiki, diperkukuh atau dialihkan dengan segera,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Beliau berkata demikian susulan struktur besar dilaporkan runtuh merentangi Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di KM8.4 berhampiran Shah Alam lewat malam tadi, menghalang semua lorong menghala ke utara dan menyebabkan kesesakan panjang.

Mengulas lanjut, Lam Thye yang juga Pengerusi Alliance for a Safe Community menegaskan, tanggungjawab tidak seharusnya diletakkan semata-mata pada pengendali lebuh raya,

Sebaliknya, beliau berkata, ia turut dikongsi oleh pemilik, pengiklan, kontraktor dan pihak berkuasa yang meluluskan bagi memastikan struktur berkenaan tidak membahayakan pengguna jalan raya.

“Pihak berkuasa dan pengendali lebuh raya perlu menyelenggara inventori lengkap semua struktur dan papan iklan di lebuh raya, termasuk maklumat pemilik, tarikh pemasangan, pihak yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan serta tarikh pemeriksaan keselamatan terkini.

“Pada masa sama, penguatkuasaan berkesan juga mesti diambil terhadap struktur yang tidak dibenarkan, tidak diselenggara dengan baik atau tidak mematuhi peraturan, sambil menambah bahawa kegagalan struktur boleh mengancam nyawa dan menjejaskan sistem pengangkutan dengan teruk,” katanya.

Tambahnya, Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), pihak berkuasa tempatan, syarikat konsesi lebuh raya dan pemilik struktur digesa supaya menjalankan pemeriksaan segera,

“Setiap pemasangan di sepanjang lebuh raya tidak boleh sama sekali menjadi ancaman kepada pengguna.

“Keselamatan awam tidak boleh bergantung pada nasib. Budaya keselamatan yang baik menghendaki kita mengenal pasti dan menghapuskan risiko sebelum ia mengakibatkan tragedi,” katanya.

Related Posts

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan laporan awal berhubung kes dakwaan kekasaran membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

PELAJAR perlu diberikan pendedahan mengenai kesalahan jenayah dan implikasi undang-undang supaya mereka memahami keseriusan sesuatu tindakan, khususnya kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan kesalahan bunuh. Pengamal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM