Agong isytihar darurat di Serian, Sarawak susulan jerebu

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengisytiharkan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak berikutan keadaan jerebu yang semakin membimbangkan dan menjejaskan kesihatan serta keselamatan penduduk.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat selepas Seri Paduka Baginda mengambil kira nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta agensi berkaitan berhubung tahap kualiti udara di kawasan terbabit.

Menurut kenyataan itu, pengisytiharan darurat membolehkan tindakan lebih berkesan diambil bagi menangani keadaan dan melindungi penduduk yang terjejas.

“Langkah yang perlu secara lebih berkesan akan diambil bagi melindungi kesihatan dan kebajikan penduduk yang terjejas,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, kerajaan akan terus memantau perkembangan keadaan jerebu dari semasa ke semasa bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan dengan segera.

Katanya, tindakan berkenaan merangkumi langkah mitigasi serta penyampaian maklumat dan nasihat kesihatan kepada orang ramai.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan memastikan segala tindakan diperlukan dilaksana dengan segera, termasuk langkah mitigasi serta penyampaian maklumat dan nasihat kesihatan kepada orang ramai,” katanya.

  • Related Posts

    ‎Sukan MAKSUR perkukuh kerja berpasukan, tangani tekanan warga JPKA Sabah

    SANDAKAN – Program Pemantapan Kerja Berpasukan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah 2026 atau Sukan MAKSUR mampu memperkukuh semangat kerja berpasukan serta membantu mengurangkan tekanan dalam kalangan kakitangan.‎‎Menteri Wanita, Kesihatan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

    KOTA BHARU – Seorang murid perempuan Tahun Empat meninggal dunia selepas hampir 24 jam menerima rawatan akibat kecederaan parah dalam kemalangan membabitkan sebuah lori di Kubang Kerian, di sini, Ahad…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

    Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

    Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

    Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

    Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

    Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

    Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

    Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

    ‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

    • By Ezmie
    • October 6, 2026
    ‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

    Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh

    Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh