RCI Tabung Haji: Bekas menteri direman lima hari

PUTRAJAYA – Seorang bekas menteri berusia 60-an direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) melibatkan Lembaga Tabung Haji (TH).

Perintah reman sehingga Ahad dikeluarkan Majistret, Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, pada Rabu.

Terdahulu, tokoh politik itu tiba kira-kira pukul 10.25 pagi dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum di bawa oleh pegawai SPRM untuk permohonan prosedur reman.

Tokoh politik berkenaan tiba dengan keadaan tangan bergari serta berbaju lokap SPRM.

Sementara itu, peguam beliau, Datuk Hamidi Mohd. Noh berkata, anak guamnya disiasat di bawah Seksyen16(a)(A) Akta SPRM 2009.

“Beliau ditahan untuk memberikan kerjasama dan sentiasa memberikannya secara penuh,” katanya ketika ditemui media, pada Rabu.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan penahanan suspek kira-kira pukul 4.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Beliau ditahan pada 4.30 petang semalam selepas hadir di ibu pejabat SPRM, di sini untuk memberi kenyataan dalam siasatan yang melibatkan penyewaan hotel di Arab Saudi.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 iaitu meminta atau menerima suapan sebagai dorongan atau ganjaran dalam sesuatu transaksi.

Kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang sama sehingga 20 tahun penjara dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan yang terlibat, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, SPRM telah menahan reman bekas Pengerusi dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) serta bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP).

Pada 14 Ogos lalu, tujuh individu termasuk seorang wanita yang terdiri daripada seorang CEO, pengarah syarikat, bekas pengarah syarikat serta empat bekas pengurusan kanan TH ditahan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan isu sama.

Dalam laporan RCI yang didedahkan pada 29 Julai lalu, sebanyak 25 syor utama dikemukakan bagi meningkatkan ketelusan, profesionalisme, dan tadbir urus institusi terbabit.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan