Kes feri berlanggar: 18 penumpang cedera terima rawatan di HSJ

GEORGETOWN – Tiada penumpang feri yang parah dalam insiden pelanggaran Feri Teluk Bahang dan Kapal MV Mekar Jaya di perairan Pelabuhan Pulau Pinang di Butterworth di sini, malam tadi.

Ecxo Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen berkata, setakat ini terdapat seramai 18 penumpang yang mengalami kecederaan ringan telah menerima rawatan di Jabatan Kecemasan (ED) Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Menurutnya, mereka terdiri daripada 21 penumpang yang dilaporkan mengalami mengalami kecederaan akibat kejadian berlaku.

“Mengikut laporan, seramai 11 mangsa dihantar ke HSJ dengan ambulans, manakala 10 lagi mangsa dengan kecederaan ringan ingin hadir sendiri ke hospital (HSJ).

“Namun, hanya tujuh daripada mereka yang telah hadir ke HSJ. Dengan itu, jumlah pesakit di Jabatan Kecemasan hospital berkenaan adalah seramai 18 orang dengan kecederaan ringan,” katanya.

Jelasnya beliau lagi, kesemua pesakit menerima rawatan di Zon Hijau dan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar.

“Tiada kes dimasukkan ke wad dan tiada juga kes-kes lain hadir ke lain-lain fasiliti kesihatan kerajaan sehingga kini,’ ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan seramai 21 penumpang feri dilaporkan cedera dalam insiden pelanggaran Feri Teluk Bahang dengan kapal MV Mekar Jaya di had perairan Pelabuhan Pulau Pinang di Butterworth di sini, kira-kira pukul 8.40.malam.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Yeoh Soon Hin berkata, kejadian berlaku ketika kapal MV Mekar Jaya sedang bergerak dari Dermaga Air Dalam Butterworth (DADB) menuju ke Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) manakala, feri berkenaan sedang dalam perjalanan ke Pengkalan Sultan Abdul Halim.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan