American Space tarik lebih 14,000 pengunjung sejak 2024

KOTA KINABALU – Lebih 14,000 pengunjung dan peserta memanfaatkan American Space di Perpustakaan Tanjung Aru sejak kemudahan itu ditubuhkan pada Jun 2024.

Pembantu Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Jordan Jude Ellron berkata, kemudahan berkenaan menyediakan ruang kepada golongan muda Sabah mendapatkan pendedahan dalam bidang pendidikan, budaya, teknologi serta pelbagai program pembangunan.

“Pelbagai program dan kerjasama turut dilaksanakan menerusi American Space termasuk bersama syarikat seperti ConocoPhillips dan McDermott.

“Sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap Perpustakaan Sabah, pihak kami berbangga melihat sebuah American Space dapat diwujudkan dalam institusi perpustakaan negeri.

“Sebagai pemimpin belia sendiri, saya mengalu-alukan program yang dibawa American Space untuk anak muda kita,” katanya semasa berucap sempena pelancaran Freedom 250, di sini, pada Rabu.

Tambah Jordan, kewujudan American Space juga menjadi antara platform yang dapat memperkukuh hubungan antara Sabah dan Amerika Syarikat (AS), khususnya melalui pendidikan dan pembangunan belia.

“Program seumpama itu penting bagi memberi peluang kepada generasi muda memperoleh pendedahan lebih luas serta berinteraksi dengan idea dan pengalaman dari luar negara.

“Penyertaan golongan muda dalam program berkenaan diharap dapat membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk membina jaringan, memperoleh pengetahuan baharu dan memanfaatkan pengalaman itu untuk pembangunan Sabah,” kongsinya.

Turut hadir delegasi AS termasuk Penolong Setiausaha Negara AS, Cate Dillon, Kuasa Usaha Kedutaan AS di Malaysia, David Gamble serta pelajar dan guru dari SMK Putatan, SM La Salle dan SMK Lok Yuk.

Related Posts

Seni gong khazanah warisan, pacu ekonomi luar bandar

KOTA KINABALU – Pelancongan berasaskan kebudayaan berpotensi menjadi pemacu ekonomi komuniti luar bandar dengan seni pembuatan gong tradisional di Matunggong antara khazanah warisan yang mampu menarik pelancong tempatan dan antarabangsa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Masjid perlu jadi pusat pembangunan ummah, bukan sekadar tempat ibadah – Fadillah

NANA MOHAMAD & EVELINE B. SIBU – Institusi masjid dan surau perlu diperkasakan sebagai pusat pembangunan ummah yang bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadah, malah menjadi wadah penyebaran ilmu, pembentukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH tampil 21 calon pada PRN Melaka

PH tampil 21 calon pada PRN Melaka

Seni gong khazanah warisan, pacu ekonomi luar bandar

  • By Ithma
  • October 24, 2026
Seni gong khazanah warisan, pacu ekonomi luar bandar

Masjid perlu jadi pusat pembangunan ummah, bukan sekadar tempat ibadah – Fadillah

Masjid perlu jadi pusat pembangunan ummah, bukan sekadar tempat ibadah – Fadillah

Sabah sasar SSR padi, beras 40 peratus perkukuh keterjaminan makanan

Sabah sasar SSR padi, beras 40 peratus perkukuh keterjaminan makanan

PH masuk gelanggang PRN Melaka bukan ‘tangan kosong’

PH masuk gelanggang PRN Melaka bukan ‘tangan kosong’

Pengundi Batu Danau diseru nilai rekod pembangunan GPS – Paulus

Pengundi Batu Danau diseru nilai rekod pembangunan GPS – Paulus