Sabah mahu lebih ramai anak muda timba pengalaman di AS

KOTA KINABALU – Sabah mahu lebih ramai anak muda negeri ini diberi peluang mengikuti program pertukaran dan menimba pengalaman di Amerika Syarikat (AS) bagi membawa pulang idea, pengetahuan serta inovasi yang boleh dimanfaatkan untuk pembangunan negeri.

Pembantu Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Jordan Jude Ellron berkata, pada masa sama, Sabah turut mengalu-alukan lebih ramai rakyat AS datang ke negeri ini untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman.

“Hubungan Sabah dengan AS bukan perkara baharu, sebaliknya mempunyai sejarah kerjasama yang panjang terutama dalam pembangunan golongan muda.

“Ramai anak muda Sabah berpeluang pergi ke Amerika Syarikat melalui program pertukaran dan mereka pulang bukan sahaja dengan kenangan, tetapi juga dengan idea.

“Idea-idea ini memberi manfaat kepada kita di Sabah dan saya percaya turut memberi manfaat kepada rakan-rakan kita di Amerika,” katanya semasa berucap sempena pelancaran Freedom 250, di sini, pada Rabu.

Menurut Jordan Jude, antara contoh hasil positif program berkenaan ialah penglibatan Arthur Kent, alumni Program International Visitor Leadership Program (IVLP), yang mencetuskan projek sambungan satelit Starlink menerusi SabahNet.

“Kejayaan ini membuktikan pengalaman dan pendedahan antarabangsa yang diperoleh rakyat Sabah mampu diterjemahkan kepada inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat tempatan.

“Harapan saya yang ikhlas ialah kita dapat melihat lebih banyak perkara seperti ini. Lebih ramai rakyat Sabah pergi ke Amerika Syarikat dan lebih ramai rakyat Amerika datang ke sini, ke Sabah,” katanya.

Jordan turut mengalu-alukan kunjungan delegasi AS ke Sabah termasuk Penolong Setiausaha Negara AS, Cate Dillon, yang melakukan kunjungan sulungnya ke Malaysia.

Tambahnya, lawatan itu akan membuka ruang kepada lebih banyak kunjungan dan kerjasama antara kedua-dua pihak pada masa hadapan, termasuk menggalakkan delegasi AS berkunjung ke Sabah ketika sambutan Pesta Kaamatan pada Mei.

Pada masa sama, beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap hubungan Sabah-AS sempena ulang tahun ke-250 Amerika Syarikat dan berharap persahabatan serta kerjasama yang terjalin terus berkembang.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan