Akta Insolvensi Rentas Sempadan perkukuh keyakinan pelabur, lindungi pekerjaan

PUTRAJAYA Penguatkuasaan Akta Insolvensi Rentas Sempadan 2026 (Akta 877) sejak 28 Ogos lalu dijangka meningkatkan kecekapan pengurusan kes insolvensi rentas sempadan, selain memperkukuh kerjasama antara mahkamah dan pihak berkuasa berkaitan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, akta berkenaan turut meningkatkan kepastian undang-undang serta melindungi kepentingan pemiutang dan pihak berkepentingan.

Menurut kenyataan bersama kedua-dua kementerian itu, Akta 877 juga membolehkan nilai aset penghutang dimaksimumkan, selain memudahkan usaha penyelamatan perniagaan bagi melindungi pelaburan dan memelihara peluang pekerjaan.

“Akta 877 yang mula berkuat kuasa pada 28 Ogos lalu adalah hasil kerjasama antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), selaras dengan agenda reformasi undang-undang Kerajaan MADANI.

“Ia bagi memastikan kerangka perundangan negara kekal relevan, progresif dan sejajar dengan perkembangan ekonomi, sosial serta perdagangan antarabangsa,” menurut kenyataan itu pada Selasa.

Akta berkenaan menyediakan mekanisme khusus bagi mengendalikan prosiding insolvensi yang membabitkan penghutang, aset, pemiutang atau prosiding di lebih daripada satu bidang kuasa.

Menurut kenyataan itu, Akta 877 berasaskan Undang-Undang Model Insolvensi Rentas Sempadan yang diterima pakai oleh Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa (UNCITRAL).

Model berkenaan kemudiannya disesuaikan dengan undang-undang, amalan kehakiman, keadaan ekonomi serta kepentingan awam Malaysia.

Sehubungan itu, Kerajaan MADANI komited memastikan pelaksanaan Akta 877 berjalan secara teratur, cekap dan berkesan dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negara.

Langkah itu juga dilihat penting bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi perdagangan dan pelaburan antarabangsa yang mempunyai kerangka perundangan lebih jelas serta diyakini.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan