Hari Kebangsaan 2026 lancar, lebih 100,000 pengunjung hadir meriahkan sambutan

PUTRAJAYA – Lebih 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Putrajaya hari ini, sekali gus menyemarakkan suasana sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-69.

Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, penganjuran sambutan tahun ini berlangsung lancar dan aman mengikut perancangan yang ditetapkan.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakam ucapan terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir.

“Ada yang datang dari Sandakan, ada yang datang dari Johor Bahru, malah ada yang datang dari Jeli. Ramai yang sanggup datang semata-mata untuk bersama-sama menyambut satu tarikh yang begitu istimewa dan penuh keramat iaitu sambutan Hari Kebangsaan 2026,” katanya selepas sambutan berkenaan.

Dalam pada itu, Fahmi menzahirkan kesyukuran apabila sambutan berlangsung dalam keadaan cuaca baik, manakala bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak menunjukkan peningkatan ketara susulan keadaan jerebu.

“Cuaca hari ini sangat-sangat baik. Berkat doa kita semua dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memainkan peranan termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) yang telah memantau serta bersedia untuk melaksanakan pembenihan awan sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan,” katanya.

Beliau pada masa sama menyeru rakyat Malaysia supaya terus memanfaatkan pelbagai pengisian menarik yang dianjurkan sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 di sekitar Putrajaya.

Antara program yang dianjurkan ialah Riuh Merdeka di Monumen Alaf Baru, Putrajaya, yang menawarkan pelbagai aktiviti untuk pengunjung sempena sambutan bulan kemerdekaan.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan