Anwar, Zahid sifatkan persembahan Hari Kebangsaan 2026 terbaik

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiahkan pujian kepada pihak yang terlibat dalam penganjuran Hari Kebangsaan 2026 yang diadakan di Dataran Putrajaya, pada Isnin dengan menyifatkan persembahan yang ditampilkan lebih 10,819 peserta sebagai yang terbaik.

Komitmen hebat ditampilkan keseluruhan peserta itu bukan sahaja berjaya menuai pujian Perdana Menteri, malah turut mencerminkan semangat patriotisme dan kebanggaan terhadap negara sempena kemerdekaan yang diraikan pada hari ini.

““Alhamdulillah, persembahannya bagus, terima kasih banyak. Persembahan yang sangat, sangat hebat,” katanya kepada media selepas sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya, pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai sambutan berkenaan dan menyifatkan keseluruhan persembahan dipertontonkan sebagai cukup mengagumkan.

Terdahulu, Anwar turut mencipta kelainan apabila berjalan lebih 500 meter bagi menyantuni pengunjung yang hadir bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ketika ditemui berkata, sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini sangat luar biasa dan lebih baik berbanding penganjuran pada tahun-tahun sebelumnya.

“Tahun ini sangat luar biasa, sambutan lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Ini memperlihatkan semangat patriotisme rakyat Malaysia semakin bertambah. Alhamdulillah,” katanya.

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Dataran Putrajaya hari ini membawa tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”.

Lebih 80,000 orang ramai membanjiri Dataran Putrajaya sejak malam tadi bagi menyaksikan persembahan perarakan daripada 77 kontinjen, 22 kumpulan pancaragam, 328 aset darat dan udara, serta 112 ekor haiwan dalam perkhidmatan dan 11 kereta berhias yang turut disiarkan serta diikuti jutaan rakyat Malaysia secara langsung melalui kaca televisyen dan laman media sosial.

Mereka mewakili pelbagai agensi kerajaan, pasukan keselamatan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta sektor swasta.

Related Posts

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

PERBINCANGAN mengenai penyatuan politik Melayu memasuki fasa yang lebih mencabar apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Terengganu dijadikan medan untuk menguji sejauh mana keikhlasan Pas dalam membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana