Ambang pengecualian e-Invois dinaikkan kepada RM3 juta – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju menaikkan ambang pengecualian pelaksanaan e-Invois daripada RM1 juta kepada RM3 juta, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, langkah itu bermakna perniagaan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), yang merekodkan jualan tahunan tidak melebihi RM3 juta tidak diwajibkan melaksanakan sistem e-Invois.

Menurut beliau, keputusan berkenaan dibuat bagi mengurangkan beban pematuhan yang ditanggung golongan peniaga, terutama perusahaan berskala kecil.

“Dengan ini perniagaan yang tercatat tidak melebihi RM3 juta setahun tidak wajib melaksanakan e-invois,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Dalam amanat sama, Anwar turut mengumumkan lima lagi ikhtiar kerajaan sebagai langkah membantu rakyat dan memperkukuh ekonomi serta pentadbiran negara.

Antaranya, kuota asas BUDI RON95 MADANI (BUDI95) bagi setiap warganegara Malaysia dikembalikan kepada 300 liter sebulan.

Kerajaan turut menaikkan peruntukan penyelenggaraan semua jenis sekolah bagi tahun depan 50 peratus daripada RM1 bilion kepada RM1.5 bilion

Selain itu, seramai 100,000 belia akan menerima modul kecerdasan buatan (AI) secara percuma, manakala RM1 bilion diperuntukkan bagi memperkukuh kecekapan digital sektor awam.

Related Posts

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

PUTRAJAYA – Pengguna yang layak menerima subsidi bahan api menerusi BUDI MADANI akan kembali menikmati had kelayakan asas sebanyak 300 liter sebulan mulai esok. Kementerian Kewangan (MoF) berkata, pelarasan daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

  • By Ezmie
  • August 31, 2026
‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis