100,000 belia bakal nikmati langganan aplikasi AI percuma selama tiga bulan – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan akan membuka program kecerdasan buatan (AI) kepada anak muda Malaysia berusia antara 18 hingga 30 tahun bermula Selasa ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, seramai 100,000 belia yang melengkapkan modul ditetapkan akan menerima langganan aplikasi AI terkemuka secara percuma selama tiga bulan.

Menurut beliau, program itu merangkumi pendedahan kepada teknologi AI tempatan dan antarabangsa, termasuk aplikasi serta syarikat AI dari Amerika Syarikat (AS) dan China.

“Ia merangkumi ilmu chat, AI tempatan, syarikat AI tempatan, Gemini Enterprise dari Amerika Syarikat (AS) dan Wonderclip serta Mulran dari China.

“Semua akan dapat kemudahan mulai esok sebaik-baiknya, tetapi (kita mulakan) pada 1 September (Selasa ini),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Dalam amanat sama, Anwar turut mengumumkan lima lagi ikhtiar kerajaan sebagai langkah membantu rakyat dan memperkukuh ekonomi serta pentadbiran negara.

Antaranya, kuota asas BUDI RON95 MADANI (BUDI95) bagi setiap warganegara Malaysia dikembalikan kepada 300 liter sebulan.

Kerajaan turut menaikkan ambang pengecualian e-Invois daripada RM1 juta kepada RM3 juta, selain memperkenalkan Geran Sejahtera MADANI bagi membantu penjaja dan peniaga kecil.

Selain itu, semua jenis sekolah akan menerima peruntukan bagi tahun depan akan ditingkatkan 50 peratus daripada RM1 bilion kepada RM1.5 bilion, manakala RM1 bilion diperuntukkan bagi memperkukuh kecekapan digital sektor awam.

Related Posts

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

PERBINCANGAN mengenai penyatuan politik Melayu memasuki fasa yang lebih mencabar apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Terengganu dijadikan medan untuk menguji sejauh mana keikhlasan Pas dalam membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana