KDNK 6% disumbang oleh sektor AI, pusat data dan digital

KUALA LUMPUR – Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak enam peratus yang dicatatkan negara turut disumbangkan sektor kecerdasan buatan (AI), pusat data dan digital yang memberi manfaat kepada pembangunan, peluang pekerjaan serta peningkatan keupayaan teknologi. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun pertumbuhan KDNK negara berada pada paras tinggi, sektor berkenaan tidak memberikan hasil pendapatan secara langsung kepada negara.

Menjelaskan kekeliruan berhubung persepsi ekonomi itu, beliau menyatakan bahawa tanggapan sebilangan pihak yang menganggap pertumbuhan kukuh akan membolehkan kerajaan menaikkan perbelanjaan negara secara
mendadak merupakan fahaman ‘ekonomi cetek’.

“Pertumbuhan tinggi dalam bidang AI, pusat data dan digital ini tidak memberikan hasil pendapatan terus kepada negara. Ia memberikan ruang dari segi pembangunan, peluang pekerjaan, dan peningkatan keupayaan teknologi. 

“Jadi hasilnya di situ. Ia tidak umpamanya membuka kilang atau hasil pertanian di mana hasilnya pulangan terus kepada negara. Jadi hasilnya tidak setimpal dengan peningkatan pertumbuhan,” katanya pada Majlis Perasmian Ekspo Inovasi dan Pengkomersialan Nasional (NICE) 2026.

Menyentuh berhubung Belanjawan 2027, Perdana Menteri berkata, peruntukan tambahan bagi sektor-sektor tertentu ada hadnya bagi mengelakkan risiko peningkatan hutang yang lebih tinggi.

Katanya, dana yang digunakan untuk menampung Belanjawan 2027 adalah daripada hasil kutipan cukai dan ia tidak boleh dinaikkan sewenang-wenangnya serta dilaksanakan secara berhati-hati.

“Kita perlu memahami kekangan kita. Adakah ini bermakna kita semestinya perlu mengurangkan peruntukan untuk penyelidikan dan sains? Tidak. 

“Tetapi apa yang saya cadangkan ialah kita memanfaatkan sepenuhnya kapasiti yang ada dan memastikan sinergi antara pusat-pusat penyelidikan, universiti, GLC (Syarikat Milik Kerajaan), dan sektor swasta ditingkatkan lagi bagi memastikan kaedah penyaluran dana yang lebih berkesan,” katanya.

Pada 14 Ogos lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan ekonomi Malaysia berkembang 6.0 peratus pada suku kedua 2026, meningkat daripada 5.4 peratus pada suku pertama.

Menurut BNM, pertumbuhan itu didorong permintaan domestik yang berterusan dan eksport yang kukuh, manakala perbelanjaan isi rumah disokong pertumbuhan pendapatan yang stabil serta sokongan dasar berterusan.

Eksport pula dipacu antaranya oleh kekuatan produk elektrik dan elektronik (E&E), pengembangan eksport perkhidmatan serta pemulihan eksport gas asli cecair (LNG) dan produk pembuatan bukan E&E.

Sektor perkhidmatan berkembang 5.9 peratus, manakala sektor pembuatan mencatat pertumbuhan 7.3 peratus, dengan prestasi E&E disokong permintaan kukuh berkaitan kecerdasan buatan (AI).

BNM mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara antara 4.0 hingga 5.0 peratus bagi 2026, dengan perkembangan terkini menunjukkan pertumbuhan keseluruhan tahun boleh berada sekitar 5 peratus.

  • Related Posts

    BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

    KERALAM (INDIA) – Malaysia menyertai BRICS bukan untuk berdepan atau menentang mana-mana blok, sebaliknya mahu memainkan peranan dalam usaha membentuk sistem antarabangsa yang lebih adil dan demokratik. Perdana Menteri, Datuk…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

    KERALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Keralam, V D Satheesan hari ini membincangkan usaha memperkukuh kerjasama ekonomi serta memudah cara perdagangan dan pelaburan antara Malaysia…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

    Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

    Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

    Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

    Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

    Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

    Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

    Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

    Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

    Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

    Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

    Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM