Pencuci kereta miliki tujuh rekod lampau ditahan jual loteri haram

SARATOK – Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Saratok berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam aktiviti penjualan nombor loteri awam haram menerusi satu serbuan di Pasar Saratok.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, suspek berusia 34 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok pada jam lebih kurang 2.57 petang. 

Menurut beliau, hasil pemeriksaan dan serbuan tersebut turut membawa kepada penemuan serta rampasan sekeping keratan kertas yang tercatat nombor loteri awam haram, sejumlah wang tunai berserta sebatang pen dakwat hitam jenama Faber-Castell.

Beliau menjelaskan bahawa siasatan awal mendapati suspek yang bekerja sebagai pencuci kereta di lokasi tersebut mengaku telah menjadi ejen jualan nombor loteri awam haram di sekitar kawasan pasar berkenaan sejak kira-kira seminggu lalu. 

Suspek dipercayai menjalankan kegiatan haram tersebut sebagai sumber pendapatan sampingan dengan menyasarkan pelanggan di sekitar pusat komersial itu.

“Ketika serbuan dijalankan, suspek didapati berada seorang diri di dalam bangunan berkenaan. Semakan rekod turut mendapati lelaki tersebut mempunyai tujuh rekod jenayah lampau yang melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Kanun Keseksaan serta Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu malam.

Bagaimanapun, Mathew memaklumkan bahawa ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang unsur penyalahgunaan dadah. 

Kes tersebut kini disiasat di bawah peruntukan Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan status kes berkenaan telah pun diklasifikasikan sebagai selesai.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan