Penerbangan terjejas konflik Timur Tengah, Malaysia masih catat pertumbuhan kapasiti 6 peratus

KUALA LUMPUR – Malaysia menerima sebanyak 88,058 penerbangan antarabangsa pada separuh pertama 2026, meskipun jumlah itu 3.7 peratus lebih rendah berbanding 91,486 penerbangan yang dijadualkan pada asalnya.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, sebanyak 4,111 penerbangan berjadual dibatalkan susulan ketegangan geopolitik di Timur Tengah.

Bagaimanapun, selepas mengambil kira 683 penerbangan baharu yang ditambah, jumlah penerbangan sebenar hanya 3,428 lebih rendah berbanding jadual asal.

Beliau berkata, kesan konflik di Timur Tengah semakin ketara sejak Februari dengan jumlah penerbangan berjadual yang dibatalkan terus meningkat setiap bulan.

“Sebanyak sembilan penerbangan dibatalkan pada Februari, meningkat kepada lebih 300 pada Mac, hampir 1,000 pada April dan mencecah 1,419 penerbangan antarabangsa ke Malaysia pada Jun,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan bersama Laporan Prestasi Separuh Pertama 2026 di Facebook pada Selasa.

Menurutnya, kapasiti tempat duduk penerbangan sebenar bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini pula berjumlah kira-kira 17.63 juta, iaitu 3.9 peratus lebih rendah berbanding unjuran asal sebanyak 18.34 juta tempat duduk.

Bagaimanapun, jumlah itu masih menunjukkan pertumbuhan enam peratus atau lebih satu juta tempat duduk berbanding 16.627 juta tempat duduk yang tersedia dalam tempoh sama tahun lalu.

“Ini bermakna walaupun kapasiti sebenar tidak mencapai unjuran asal sepenuhnya, jumlah keseluruhan tempat duduk penerbangan masih meningkat berbanding tempoh sama tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, jaringan penerbangan antarabangsa Malaysia turut terus berkembang dengan 23 laluan baharu, 12 perkhidmatan penerbangan baharu ke Malaysia dan sembilan perkhidmatan penerbangan sewa khas diperkenalkan dari Januari hingga Julai tahun ini.

Katanya, perkembangan itu menjadikan keseluruhan 44 perkhidmatan penerbangan baharu diperkenalkan dalam tempoh berkenaan.

Penerbangan dari Asia Timur Laut mencatatkan peningkatan kapasiti tempat duduk terbesar berbanding tempoh sama tahun lalu dengan tambahan lebih 500,000 tempat duduk, meningkat 11.9 peratus.

Penerbangan dari negara ASEAN pula mencatatkan tambahan 376,423 tempat duduk, bersamaan peningkatan 4.5 peratus.

Bagaimanapun, penurunan paling ketara direkodkan bagi penerbangan dari Timur Tengah apabila kapasiti tempat duduk susut kepada 806,532 pada separuh pertama tahun ini berbanding lebih satu juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Kesan itu turut dirasai penerbangan dari Eropah yang menggunakan hab transit di Timur Tengah, dengan kapasiti tempat duduk menyusut lebih 20 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurutnya, gangguan penerbangan berkenaan turut memberi kesan kepada pertumbuhan ketibaan pelawat antarabangsa ke Malaysia yang berkembang pada kadar lebih perlahan.

Related Posts

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

PUTRAJAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu menerima laporan daripada agensi pelancongan yang menyatakan bahawa mereka terputus hubungan dengan 11 warganegara Malaysia yang dipercayai berada di daerah Rasuwa, susulan banjir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azeez dan Irwan ditahan SPRM petang tadi, akan direman Khamis

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

  • By Fatin
  • August 26, 2026
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK