
KUNAK – Seorang kanak-kanak antara tiga maut selepas kenderaan dinaiki bersama tiga lagi keluarganya terbabas di Kampung Sungai Atas, Jalan Sungai Atas, di sini, pada Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak, Mohamad Omarbatha berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 6.05 petang sebelum empat anggota dikejarkan ke lokasi.
“Kereta terbabit dipercayai terbabas sebelum keenam-enam mangsa ditemukan berada di luar kenderaan.
“Enam mangsa terbabit dengan tiga disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala tiga lagi mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.
Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala tiga mangsa cedera dibawa ke Hospital Kunak untuk rawatan.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pukul 7.31 malam.







