Hampir 1,000 sertai sambutan Maulidur Rasul FELDA Jengka 24

JERANTUT – Sambutan Maulidur Rasul peringkat FELDA Jengka 24 di sini, disambut meriah dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang disertai warga peneroka, kakitangan FELDA serta penduduk sekitar.

Program itu dianjurkan bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan FELDA Jengka 24 dan Ahli Jawatankuasa Masjid As-Sobirin.

Sambutan dimulakan dengan perarakan Maulidur Rasul sejauh 1.5 kilometer disertai hampir 1,000 peserta terdiri daripada pelajar sekolah, belia, badan bukan kerajaan dan warga peneroka.

Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud berkata, program tahunan ini menjadi antara platform penting dalam memantapkan lagi hubungan antara penduduk di kawasan tanah rancangan berkenaan.

“Alhamdulillah, sambutan diterima saban tahun sangat menggalakkan. Ini menunjukkan masyarakat FELDA masih memartabatkan perjuangan Nabi SAW sebagai panduan hidup,” ujarnya.

Beliau berpandangan, sambutan seperti itu juga menjadi platform terbaik menyebarkan dakwah secara santai dan dekat dengan masyarakat.

Katanya, program itu bukan hanya menyemarakkan semangat ukhuwah dan kecintaan umat Islam kepada Rasulullah, namun dalam masa sama mendidik generasi muda FELDA membina akhlak mulia dan bertanggungjawab.

Related Posts

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

KUCHING – Usaha memacu literasi digital dan pemahaman tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan komuniti terus diperhebat menerusi penganjuran program AI Talks Edisi Ke-2 yang berlangsung di Atrium Utama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera