Lupus tanah kerajaan: Datuk direman tiga hari lagi

GEORGE TOWN – Seorang pengerusi sebuah agensi kerajaan yang bergelar Datuk bersama seorang pengarah syarikat disambung reman tiga hari lagi, bagi membantu meneruskan siasatan kes penyalahgunaan kuasa dalam urusan pelupusan tanah milik kerajaan di negeri ini.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek itu telah dikeluarkan Majistret, Nur Hanisah S H Sahul Hamid selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret George Town, pagi tadi.

Permohonan sambung reman sehingga 26 Ogos itu dibuat sejurus tempoh reman asal terhadap kedua-dua suspek tamat hari ini.

Sebelum ini, kedua-dua suspek berusia dalam lingkungan 50-an antara lima individu yang telah ditahan reman selama empat hari sejak Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, media melaporkan lima suspek terdiri pengerusi, dua pengarah, pengurus teknikal dan seorang kerani wanita yang masing-masing berusia 40-an hingga 50-an ditahan SPRM secara berperingkat, Khamis lalu.

Suspek pertama iaitu pengerusi agensi kerajaan berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukannya ketika itu sebagai Timbalan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah.

Suspek terbabit dikatakan telah meluluskan penjualan lapan lot tanah di Seberang Perai Selatan pada 2015 kepada sebuah syarikat yang disyaki milik sekutunya pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran yang membabitkan nilai kerugian kira-kira RM1.96 juta.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan