Anggota APM dipatuk ular meninggal dunia

TEMERLOH – Selepas lebih 14 jam bertarung nyawa akibat dipatuk ular tedung selar ketika melakukan demonstrasi pengendalian reptilia, seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di sini awal pagi tadi.

Sarjan Pertahanan Awam (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin, 39, yang bertugas di APM Daerah Temerloh disahkan meninggal dunia pada jam 1.50 pagi.

Pengarah APM Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, Allahyarham pada mulanya dikejarkan ke Jabatan Kecemasan HoSHAS selepas tidak sedarkan diri susulan kejadian yang berlaku di Dewan Taman Temerloh Jaya, di sini, pagi semalam.

“Allahyarham ditempatkan di Zon Merah dan berada di bawah pemantauan doktor sebelum disahkan meninggal dunia.

“Jenazah akan diuruskan dan disolatkan di Masjid Kampung Bukit Kelulut sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Kelulut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Difahamkan, urusan pengebumian Allahyarham dilaksanakan kira-kira jam 9 pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi semalam, Muhamad Muazam Shah dipatuk ular tedung selar pada bahagian kuku jari tengah tangan kanan ketika melakukan demonstrasi pengendalian ular.

Kejadian berlaku ketika APM Daerah Temerloh menyertai Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat dengan mengadakan demonstrasi pengendalian ular kepada peserta program.

Selepas dipatuk, Allahyarham sempat keluar dari dewan sebelum mencuci tangannya, namun tiba-tiba pitam dan dikejarkan ke HoSHAS untuk mendapatkan rawatan.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan