Anggota APM dipatuk ular ketika demonstrasi

TEMERLOH – Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), di sini selepas dipatuk ular ketika melakukan demonstrasi pengendalian reptilia itu di Dewan Taman Temerloh Jaya dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, mangsa, Sarjan Pertahanan Awam (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin, 39, dipatuk pada bahagian kuku jari tengah tangan kanan ketika menjalankan demonstrasi berkenaan.

Pengarah APM Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, APM Daerah Temerloh dijemput menyertai Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat dengan mengadakan demonstrasi pengendalian ular kepada peserta.

Menurutnya, ketika demonstrasi berlangsung, anggota berkenaan dipatuk ular pada jarinya sebelum bertindak keluar dari dewan untuk mencuci tangan.

“Anggota terbabit kemudian pitam di luar dewan dan kemudiannya dihantar ke Bahagian Kecemasan HoSHAS Temerloh untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya, lapor Sinar Harian.

Che Adam berkata, setakat jam 1 tengah hari semalam, anggota itu masih menerima rawatan dan berada di bawah pemantauan doktor di Zon Merah HoSHAS.

“Keadaan kesihatan anggota berkenaan terus dipantau oleh pihak hospital dan APM sementara menunggu perkembangan lanjut,” ujarnya.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap