SE siap siaga pastikan bekalan elektrik Sabah stabil

KOTA KINABALU – Sabah Electricity Sdn Bhd (SE) meningkatkan kesiapsiagaan operasi bagi memastikan bekalan elektrik kepada pengguna di seluruh Sabah kekal stabil sepanjang kerja penyelenggaraan Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT), mulai 22 hingga 28 Ogos ini.

SE berkata, penutupan sementara bekalan gas di Kimanis diperlukan bagi memberi laluan kepada kerja penyelenggaraan oleh Petronas.

“Dua loji jana kuasa bebas (IPP) yang terjejas susulan penutupan itu akan terus beroperasi dengan beralih kepada diesel sebagai bahan api alternatif.

“Semua pihak terbabit sudah membuat persediaan rapi menerusi penyelarasan operasi, pengoptimuman sumber penjanaan dan pemantauan sistem yang dipertingkatkan sepanjang tempoh penyelenggaraan.

“Pasukan operasi serta teknikal turut berada dalam keadaan siap siaga untuk menangani sebarang kejadian luar jangka, termasuk kekangan kapasiti penjanaan,” ujarya dalam satu kenyataan media, pada Jumaat.

Menurut SE, sekiranya catuan bekalan tidak dapat dielakkan, langkah berkenaan hanya akan dilaksanakan mengikut keperluan pada tempoh tertentu dengan memastikan kesannya kepada pengguna berada pada tahap minimum.

“Catuan bekalan adalah tindakan terakhir bagi mengelakkan ketidakstabilan sistem yang lebih besar, selain memastikan keselamatan dan kebolehpercayaan grid elektrik Sabah terus terpelihara.

“Pengguna digalakkan menggunakan elektrik secara berhemah, khususnya ketika waktu permintaan tinggi, bagi membantu mengurangkan tekanan terhadap sistem bekalan.

“Orang ramai dinasihatkan mendapatkan perkembangan dan maklumat terkini hanya melalui saluran rasmi SE,” kongsi kenyataan tersebut.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan