Program MADANI Kita Bersama-sama Komuniti Darau@Sepanggar sasar 2,000 pengunjung

KOTA KINABALU – Program MADANI Kita Sabah bersama-sama Komuniti Darau@Sepanggar 2026 bakal tampil dengan pendekatan lebih mesra komuniti bagi membawa perkhidmatan kerajaan lebih dekat kepada rakyat sekali gus menyasarkan sehingga 2,000 pengunjung.

Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Milus Alu @ Abd Wahad berkata, program dengan kerjasama strategik Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) itu akan dianjurkan pada Sabtu ini, bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang menggunakan pendekatan lebih bersasar dan dilaksanakan secara setempat.

“Penganjuran di Sabah turut mengambil kira keperluan masyarakat setempat, demografi, budaya serta cabaran geografi negeri ini supaya pengisian program lebih relevan dan memberi manfaat secara langsung kepada komuniti.

“Ini bagi membolehkan rakyat mendapatkan penerangan mengenai dasar kerajaan, mengemukakan pertanyaan, menyampaikan aduan serta menyelesaikan pelbagai urusan dalam satu kunjungan,” katanya ketika The Malaysia Press, pada Jumaat.

Menurut Milus, program itu turut menterjemahkan komitmen Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam di peringkat akar umbi menerusi pendekatan turun padang.

Katanya, rakyat boleh terus berurusan dengan pegawai kerajaan, membuat semakan, mendapatkan khidmat nasihat serta menyuarakan pandangan bagi membolehkan tindakan susulan diambil dengan lebih berkesan.

“Pelbagai penerangan berkaitan dasar dan inisiatif kerajaan akan disampaikan termasuk bantuan kos sara hidup, pembiayaan usahawan, kesihatan dan kesejahteraan keluarga, pendidikan, ekonomi digital, keselamatan dalam talian serta saluran rasmi bagi semakan, permohonan dan aduan.

“Sebanyak 26 agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah dan rakan strategik mengambil bahagian dalam program berkenaan dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada orang ramai,” ujarnya.

Tambah Milus, program tersebut turut membuka ruang kepada usahawan dan peniaga kecil tempatan mempromosikan produk mereka menerusi gerai makanan yang dikendalikan oleh penduduk setempat.

“Pengunjung juga ditawarkan harga barangan makanan yang murah menerusi Jualan Agro MADANI dan Jualan Rahmah MADANI,.

“Turut disediakan beberapa perkhidmatan percuma seperti gunting rambut, penukaran minyak enjin bagi 100 motosikal dan program pertukaran topi keledar lama kepada topi keledar baharu oleh JPJ, pertukaran Al Quran lama, perkhidmatan mencetak sijil persekolahah serta saringan retina mata menggunakan aplikasi AI bagi pengunjung terawal,” kongsinya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan