Jangan padam hakikat kedudukan Islam dalam Perlembagaan dengan slogan politik

PUTRAJAYA – Kenyataan bekas pemimpin kanan DAP, Ronnie Liu bahawa Malaysia tidak akan dan tidak patut menjadi negara Islam merupakan dakwaan yang wajar diperbetulkan berdasarkan Perlembagaan dan keputusan mahkamah.

Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, Malaysia tidak dibentuk atas ruang kosong namun perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, manakala agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan damai.

Malah, beliau menegaskan, Perkara 3(1) dibaca bersama keseluruhan struktur Perlembagaan, menunjukkan bahawa Islam mempunyai kedudukan tersendiri dalam sistem kenegaraan Malaysia.

“Lebih daripada itu, kedudukan Islam dalam Perlembagaan bukan sekadar bersifat seremonial. Dalam kes Lina Joy v Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Ors [2007] 4 MLJ 585, Mahkamah Persekutuan mengiktiraf hakikat bahawa Islam bukan sekadar agama dalam pengertian ritual dan upacara keagamaan semata-mata.

“Islam ialah suatu complete way of life, cara hidup yang lengkap merangkumi bukan sahaja soal ibadah, tetapi juga aspek undang-undang, politik, ekonomi, sosial, kebudayaan dan kehakiman. Ini penting.

“Jika Islam sendiri diiktiraf dalam kerangka kehakiman negara sebagai suatu complete way of life, maka adalah amat dangkal untuk menggambarkan kedudukan Islam dalam Malaysia seolah-olah hanya terhad kepada urusan masjid, ibadah peribadi atau upacara keagamaan,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Zainul Rijal berkata, Perkara 3 (1) dan Perkara 11 yang menjamin kebebasan beragama bukan percanggahan, di mana Islam mempunyai kedudukan sebagai agama Persekutuan sementara hak penganut agama lain untuk mengamalkan agama masing-masing tetap dilindungi.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menjelaskan, perkara itu merupakan suatu keseimbangan yang ditetapkan oleh Perlembagaan.

“Lebih signifikan, Yang di-Pertuan Agong ketika mengangkat sumpah jawatan di bawah Perkara 37 dan Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan berikrar untuk ‘memeliharakan pada setiap masa Agama Islam’ serta menegakkan pemerintahan yang adil dan aman.

“Ini bukan lafaz simbolik yang boleh diketepikan sesuka hati. Ia adalah sebahagian daripada struktur perlembagaan negara. Justeru, persoalannya bukan semudah mengatakan ‘Malaysia tidak patut menjadi negara Islam’,” katanya.

Zainul Rijal memaklumkan, pihaknya mengalu-alukan jika istilah ‘negara Islam’ hendak diperdebatkan dari sudut akademik dan perlembagaan namun jangan sampai perdebatan istilah digunakan untuk menafikan hakikat bahawa Islam mempunyai kedudukan yang nyata, khusus dan dilindungi dalam Perlembagaan.

Lebih tidak wajar, beliau berkata, apabila seolah-olah cuba meletakkan Islam dan masyarakat majmuk sebagai dua perkara bertentangan, sedangkan sejak sekian lama Perlembagaan telah menyediakan ruang untuk kedua-duanya, Islam mempunyai kedudukan sebagai agama Persekutuan manakala agama lain bebas diamalkan secara aman serta damai.

“Menghormati Islam tidak bermaksud menghina agama lain. Mempertahankan kedudukan Islam tidak bermaksud menafikan hak bukan Islam. Sebaliknya, menafikan kedudukan Islam atas nama kepelbagaian adalah sama tidak tepatnya dengan menggunakan Islam untuk menafikan hak orang lain.

“Maka, kalau benar-benar mahu mempertahankan Perlembagaan, hormatilah keseluruhannya — bukan hanya peruntukan yang selari dengan pendirian sendiri,” katanya.

Tegas beliau, Islam juga bukan agama yang menumpang dalam Perlembagaan, tetapi mempunyai kedudukan perlembagaan yang jelas.

“Menurut pengiktirafan kehakiman dalam Lina Joy, Islam bukan sekadar ritual, tetapi suatu complete way of life yang merangkumi undang-undang, politik, ekonomi, sosial, kebudayaan dan kehakiman.

“Jangan cuba memadam hakikat perlembagaan dengan slogan politik. Perlembagaan tidak berubah hanya kerana seseorang tidak menyukai kedudukan Islam di dalamnya,” katanya.

Related Posts

Rumah ibadat: Cari penyelesaian, bukan bakar sentimen – Pengerusi PH Perlis

ISU perobohan sebuah kuil di Bukit Lagi, Kangar  perlu diurus dengan berhemah dan bertanggungjawab tanpa mengabaikan prinsip undang-undang, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perlis, Noor Amin Ahmad. Beliau menyeru semua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan bakar sentimen agama isu kuil, buruk akibatnya – Mufti Perlis

KANGAR – Mufti Perlis mengingatkan mana-mana Ahli Parlimen supaya tidak membakar sentimen perkauman atau ketegangan agama berhubung isu perobohan sebuah kuil di Bukit Lagi di sini. Datuk Dr Mohd Asri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

Jangan padam hakikat kedudukan Islam dalam Perlembagaan dengan slogan politik

Jangan padam hakikat kedudukan Islam dalam Perlembagaan dengan slogan politik

Rumah ibadat: Cari penyelesaian, bukan bakar sentimen – Pengerusi PH Perlis

Rumah ibadat: Cari penyelesaian, bukan bakar sentimen – Pengerusi PH Perlis

Jangan bakar sentimen agama isu kuil, buruk akibatnya – Mufti Perlis

Jangan bakar sentimen agama isu kuil, buruk akibatnya – Mufti Perlis

Wanita ditahan, tangki tambahan berisi 130 liter petrol ditemukan

Wanita ditahan, tangki tambahan berisi 130 liter petrol ditemukan