Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

PUTRAJAYA – Isu berkaitan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH)  tidak seharusnya ditunggang oleh mana-mana pihak demi kepentingan politik sempit atau membina persepsi liar sehingga menggugat keyakinan pendeposit.

Pengerusi Majlis Ulama UMNO Malaysia, Datuk Dusuki Ahmad berkata, perkara tersebut wajib ditangani berasaskan prinsip amanah, tabayyun dan keadilan.

Menurut beliau, RCI seharusnya menjadi jalan mencari kebenaran, memperbaiki kelemahan dan memperkukuh institusi, bukan medan dendam politik atau alat untuk menghakimi mana-mana pihak secara terpilih.

“Majlis Ulama UMNO menolak budaya fitnah, tuduhan melulu dan hukuman media dalam membicarakan isu Tabung Haji kerana TH bukan sekadar institusi kewangan.

“Bagaimanapun, amanah besar umat Islam yang berkait dengan simpanan pendeposit, ibadah haji dan keyakinan masyarakat terhadap institusi Islam negara,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Dusuki berkata, label seperti ‘sakau’, ‘rompak’ dan ‘pengkhianat’ tidak wajar dilemparkan secara sewenang-wenangnya sebelum dibuktikan melalui proses undang-undang yang sah.

Beliau menjelaskan, Islam juga menuntut penganutnya melakukan tabayyun, bukan menghukum berdasarkan sangkaan, kebencian mahupun persepsi.

“UMNO tidak akan mempertahankan sebarang salah laku sekiranya terbukti berlaku. Jika terdapat unsur rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa atau pengkhianatan amanah, maka perkara tersebut hendaklah diserahkan sepenuhnya kepada pihak berwajib.

“Ia penting untuk disiasat dan diambil tindakan mengikut lunas undang-undang, tanpa mengira kedudukan mana-mana individu,” katanya.

Tambah Dusuki, Majlis Ulama UMNO turut berpandangan bahawa kerajaan perlu memberikan penjelasan menyeluruh mengenai status terkini penstrukturan aset TH kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB).

Beliau memaklumkan, ia termasuk kedudukan sukuk, prestasi aset yang dipindahkan, bayaran kepada TH dan kesannya kepada pendeposit.

“Penjelasan itu penting supaya rakyat tidak hanya menerima gambaran separuh jalan, sebaliknya memahami kedudukan sebenar institusi TH selepas proses penstrukturan tersebut.

“Keutamaan terbesar ialah memastikan TH terus kukuh, diyakini dan mampu melaksanakan peranannya membantu umat Islam menunaikan ibadah haji.

“Hibah pendeposit, bantuan kewangan haji, kos menunaikan haji dan kestabilan simpanan umat mesti terus dilindungi,” katanya.

Atas dasar itu, tambah beliau, Majlis Ulama UMNO menyeru semua pihak menjaga adab dalam membicarakan isu TH.

“Tegakkan kebenaran, ambil tindakan jika terbukti salah, perbaiki kelemahan jika ada, tetapi hentikan fitnah dan politik persepsi yang akhirnya boleh menggugat keyakinan umat Islam terhadap institusi mereka sendiri,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan