RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, peruntukan itu membabitkan 53 projek, terdiri daripada 46 projek sambungan dan tujuh projek baharu.

“Kelulusan itu antara langkah yang sedang digerakkan Kerajaan Persekutuan bagi memperkukuh pembangunan fasiliti kesihatan di Sabah.

“Antara projek baharu yang diberi keutamaan ialah Pusat Jantung Sabah bernilai RM125 juta dan Klinik Kesihatan Sapulut, Nabawan bersama kuarters dengan kos RM81.95 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Kesihatan Sabah Bilangan 1 Tahun 2026 di sini, pada Isnin.

Mesyuarat itu turut dipengerusikan bersama Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Mojungki.

Menurut Dzulkefly, Pusat Jantung Sabah merupakan projek mercu tanda yang bakal menyediakan perkhidmatan kardiologi termaju kepada rakyat Sabah.

“Bagi Klinik Kesihatan Jenis 5 Sapulut pula, pembinaan fasiliti bersama kuarters akan memperluas akses perkhidmatan kesihatan di kawasan pedalaman,” ujarnya.

Dzulkefly berkata, pembangunan fasiliti kesihatan perlu disusuli pengukuhan sumber manusia bagi memastikan kemudahan yang dibangunkan dapat beroperasi pada kapasiti optimum.

“Setakat 1 Ogos lalu, sebanyak 607 jawatan baharu diwujudkan di Sabah.

“Daripada jumlah itu, 355 jawatan membabitkan kumpulan Pengurusan dan Profesional, termasuk 77 jawatan pakar serta 203 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi.

“Sebanyak 252 jawatan lagi membabitkan Kumpulan Pelaksana,”kongsinya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menyasarkan peningkatan peruntukan tahunan sebanyak lima peratus kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

“Melalui peningkatan itu, jumlah peruntukan berkenaan dijangka mencecah RM4 bilion menjelang 2030.

“Langkah itu merupakan sebahagian daripada perancangan KKM bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan serta memenuhi keperluan rakyat Sabah yang semakin meningkat.

“Proses rundingan tuntutan MA63 berkaitan pembangunan kesihatan Sabah kini bergerak ke fasa pelaksanaan selepas rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melalui lima jawatankuasa kecil berjalan lancar,” jelasnya.

Related Posts

Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

TAWAU – Seorang lelaki warga asing maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan dalam kejadian di Batu 3 1/2 Jalan Apas, di sini, tengah hari Jumaat. Ketua Polis Daerah Tawau,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

KANGAR – Pendakwah, Ahmad Husam Muhamad Baderudin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Husam diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima gelaran dan kehormatan tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan lindungi perbuatan khianat Ismail penyebab kemurkaan Tuanku Muhriz

Jangan lindungi perbuatan khianat Ismail penyebab kemurkaan Tuanku Muhriz

Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

  • By Fatin
  • October 16, 2026
Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan