Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, kedua-dua kenderaan terbabit terbakar selepas bertembung, menyebabkan operasi pemadaman dan penyelamatan mengambil masa berikutan lori tangki membawa muatan bahan api yang mudah terbakar.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, jumlah dan butiran mangsa yang terbabit masih belum diketahui.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kemalangan membabitkan sebuah lori tangki dan kereta yang terbakar di lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati lori tangki yang membawa muatan diesel dan petrol dari Seremban menuju ke Temerloh dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Pada masa sama, sebuah kereta dipercayai jenis Perodua Bezza bertembung dengan bahagian sisi lori tangki berkenaan.

“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua kenderaan terbakar. Pemandu lori berusia 37 tahun berjaya menyelamatkan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya, lapor Berita Harian.

Mohd Nasyim berkata, pemandu dan penumpang kereta berkenaan dipercayai gagal menyelamatkan diri sebelum kenderaan itu terbakar.

Katanya, jumlah sebenar mangsa dan identiti mereka masih belum dapat dikenal pasti berikutan keadaan kereta yang remuk teruk serta proses pemadaman api yang mengambil masa.

“Pasukan siasatan polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih berada di lokasi bagi mendapatkan pengesahan jumlah mangsa dan butiran mereka.

“Setakat ini, kita percaya terdapat mangsa yang rentung dalam kereta berkenaan, namun jumlah sebenar masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata, pemandu lori tangki berkenaan akan ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India