Sasar pengiktirafan global, AKYBMS tekad calonkan Hikayat Panglima Nikosa ke UNESCO

KUCHING – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) bertekad mencalonkan novel rintis Hikayat Panglima Nikosa ke senarai Memori Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Usaha itu dirangka bagi memartabatkan khazanah kesusasteraan Nusantara di persada antarabangsa, memandangkan naskhah tulisan Ahmad Syawal bin Abdul Hamid tersebut diiktiraf sebagai karya sastera cetak Melayu terawal pada tahun 1876.

Pengurus Besar AKYBMS, Datuk Dr Sanib Said berkata, bagi memenuhi kelayakan dan syarat mandatori badan dunia tersebut, masyarakat tempatan diwajibkan untuk meraikan serta menghargai karya berkenaan secara berterusan.

“Masyarakat perlu menghargai dan menghayati naskhah ini. Usaha menyenaraikannya ke dalam senarai Memori Dunia UNESCO kurang bermakna jika karya bersejarah ini tidak diraikan oleh masyarakat Melayu itu sendiri.

“Oleh itu, pihak yayasan telah memperkasakan usaha merayakan novel ini secara berterusan sejak lebih 10 tahun lalu,” katanya pada sidang akhbar pada Selasa.

Sebagai kemuncak kepada inisiatif pencalonan tersebut, beliau memaklumkan satu persidangan antarabangsa bersempena dengan sambutan jubli 150 tahun penerbitan novel berkenaan akan dianjurkan pada 25 hingga 26 November ini.

Acara berskala besar itu dijangka menghimpunkan perwakilan serantau, khususnya dari negara di Kepulauan Melayu termasuk Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura, dan Semenanjung Malaysia.

Persidangan bersejarah itu bakal melakar lipatan sejarahnya yang tersendiri apabila ia dijadualkan berlangsung di ibu pejabat baharu AKYBMS, Wisma Melayu yang telah mula beroperasi secara rasmi pada 1 Julai lalu.

Related Posts

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

BETONG – Program Sarawakku Sayang Bahagian Betong yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Sukan Betong berjaya menarik seramai 97,225 pengunjung. Program berkenaan turut menghimpunkan 48 agensi yang menawarkan sebanyak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

PUTRAJAYA – UMNO berdepan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi tanggungjawabnya terhadap institusi diraja dan adat Negeri Sembilan sekiranya gagal memainkan peranan menyelesaikan kemelut yang dilihat semakin meruncing dalam negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah