‘Saya belum dapat maklumat barang dagangan di PTP eksport ke Israel’ – Saifuddin

PUTRAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan pihaknya belum menerima maklumat berhubung sebuah kontena di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor yang disyaki membawa dagangan untuk dieksport ke Israel.

Beliau memaklumkan bahawa pihaknya setakat ini belum menerima sebarang taklimat dari Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berkaitan perkara itu.

“Saya belum dapat maklumat dan bila kejadian. Saya mohon maaf kerana belum mendapat taklimat berhubung perkara berkenaan,” katanya ringkas kepada media selepas menyempurnakan Majlis Perlepasan Jelajah Star City FC-The Pride of the North 2026, di Dataran Masjid Putrajaya, pada Ahad.

Terdahulu, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam kenyataan, pada Sabtu memaklumkan menyita sebuah kontena di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor, yang disyaki membawa dagangan untuk dieksport ke Israel.

AKPS memaklumkan kontena itu ditahan dan diperiksa susulan maklumat risikan yang diterima.

Menurutnya, semakan awal mendapati penghantaran berkenaan disyaki tidak mematuhi Item No 15, Jadual Kedua, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2023.

Peruntukan itu melarang pengeksportan barangan secara langsung atau tidak langsung ke Israel, selaras dengan dasar dan ketetapan Kerajaan Malaysia.

Related Posts

MCMC pantau media sosial secara berterusan, kerjasama rapat dengan PDRM

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi amaran tegas bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempunyai unit khusus yang ditugaskan untuk memantau hantaran di media sosial secara berterusan, terutamanya yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melumpuhkan sindiket yang dipercayai memanipulasi sistem pekerja asing dan menjual pas kerja sementara (e-PLKS) palsu dalam serbuan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap