Pakatan Harapan Pulau Pinang kekalkan barisan Exco BN

PAKATAN Harapan (PH) Pulau Pinang memutuskan untuk mengekalkan wakil Barisan Nasional (BN) dalam barisan Exco kerajaan negeri, meskipun BN kini bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan.

Keputusan itu dibuat sebulat suara dalam mesyuarat pimpinan PH Pulau Pinang semalam dengan Rashidi Zinol yang juga Adun Sungai Acheh, terus memegang portfolio pembangunan luar bandar, agroteknologi, keterjaminan makanan dan keusahawanan.

Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, keputusan berkenaan dibuat berdasarkan pakatan pilihan raya yang dicapai antara PH dan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023.

“Ini selaras dengan pakatan pilihan raya yang dibuat pada PRN 2023,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP Pulau Pinang.

Menurut Chow, pendirian itu turut mengambil kira komitmen Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, bahawa BN akan terus menyokong kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan sehingga tamat penggal.

Keputusan PH Pulau Pinang itu dibuat ketika hubungan antara PH dan BN semakin menjadi perhatian susulan perkembangan politik di beberapa negeri.

Pada PRN Johor dan Negeri Sembilan baru-baru ini, PH mengalami kekalahan, manakala PN memberi laluan kepada BN di beberapa kerusi di Johor.

Di Negeri Sembilan pula, BN dan PN memilih untuk bekerjasama dalam menghadapi PH.

Perkembangan itu turut mencetuskan persoalan mengenai masa depan kerjasama PH-BN di negeri-negeri yang membentuk kerajaan bersama.

Sebelum itu, Penasihat DAP Lim Guan Eng menggesa PH Pulau Pinang supaya ‘bertindak dengan tegas’ susulan perkembangan terbaru itu, khususnya selepas PN dan Umno dilihat semakin rapat di Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, PH Pulau Pinang memilih untuk mengekalkan susunan kerajaan negeri sedia ada, termasuk kedudukan wakil BN dalam barisan Exco.

Related Posts

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

BETONG – Program Sarawakku Sayang Bahagian Betong yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Sukan Betong berjaya menarik seramai 97,225 pengunjung. Program berkenaan turut menghimpunkan 48 agensi yang menawarkan sebanyak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

PUTRAJAYA – UMNO berdepan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi tanggungjawabnya terhadap institusi diraja dan adat Negeri Sembilan sekiranya gagal memainkan peranan menyelesaikan kemelut yang dilihat semakin meruncing dalam negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah