Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan menggesa semua pihak menghormati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta proses perundangan berhubung keputusan penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Zafir Ibrahim dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Muzalmah Mustapha Kamal.

Ketua Penerangan AMK Negeri Sembilan, Azizul Hakim Mahdi berkata, perkembangan itu berlaku ketika negeri berkenaan masih berdepan pertikaian perlembagaan dan perundangan yang belum selesai.

“Dalam keadaan sebegini, AMK Negeri Sembilan berpandangan bahawa setiap tindakan pentadbiran yang melibatkan pegawai kanan kerajaan hendaklah dilakukan berdasarkan bidang kuasa yang jelas, prosedur yang sah dan prinsip tatakelola yang ditetapkan oleh undang-undang,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Azizul Hakim berkata, penggantungan dua pegawai kanan yang mempunyai peranan penting dalam pentadbiran serta hal ehwal perundangan negeri bukan perkara kecil.

Sehubungan itu, katanya, status, bidang kuasa dan prosedur berhubung keputusan tersebut perlu dijelaskan segera oleh pihak berautoriti termasuk Ketua Setiausaha Negara (KSN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Peguam Negara.

Beliau berkata, penjawat awam juga perlu diberikan ruang untuk menjalankan tanggungjawab berdasarkan undang-undang, peraturan perkhidmatan dan arahan yang sah.

“Sebarang pertikaian mengenai tindakan seseorang pegawai sewajarnya diselesaikan melalui mekanisme perundangan serta tatatertib yang tersedia, dengan memberikan ruang kepada proses sewajarnya,” katanya.

Sebelum ini, pejabat SUK Negeri Sembilan memaklumkan tidak akan mewartakan atau melaksanakan proklamasi bertarikh 19 April 2026 yang berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan selepas menerima pandangan Jabatan Peguam Negara mengenai perkara berkenaan.

Dalam kenyataan pada 18 September lalu, pejabat SUK berkata pihaknya menerima pandangan AGC bahawa proklamasi berkenaan tidak sah dari sudut perundangan serta merujuk perkara itu kepada Penasihat Undang-Undang Negeri bagi memastikan tindakan yang diambil mematuhi undang-undang dan perlembagaan negeri.

Azizul Hakim berkata, Negeri Sembilan memerlukan kepastian pentadbiran, kestabilan institusi dan penghormatan terhadap kedaulatan undang-undang supaya rakyat tidak terkesan akibat pertikaian antara institusi atau perbezaan tafsiran perlembagaan.

“AMK Negeri Sembilan percaya penyelesaian kepada kemelut ini mesti dibuat melalui saluran perlembagaan, undang-undang dan institusi yang sah, bukannya melalui tindakan yang boleh menambah ketidaktentuan dalam pentadbiran.

“Kepentingan rakyat serta kewibawaan institusi Negeri Sembilan hendaklah sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Related Posts

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

KUALA LUMPUR – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Penasihat Undang-Undang Negeri, kata Jabatan Peguam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Negeri Sembilan (MPNPHNS) menyarankan agar pihak berkuasa menjalankan siasatan telus, bebas dan menyeluruh berhubung dakwaan wujud usaha untuk menyingkirkan Yang di-Pertuan Besar Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari

  • By Ezmie
  • September 22, 2026
China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari