Sarikei perlu perkasa kemudahan kesihatan, pendidikan dan sukan

SARIKEI – Daerah Sarikei memerlukan penambahan kemudahan kesihatan khususnya pusat dialisis bagi memudahkan penduduk mendapatkan rawatan tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada kemudahan di Sibu.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, cadangan pusat dialisis itu turut mengambil kira keperluan penduduk dari kawasan sekitar termasuk Kuala Rajang, Pulau Bruit, Daro dan Matu.

“Ketika ini kebanyakan pesakit perlu ke Sibu untuk mendapatkan rawatan dialisis, justeru kemudahan berkenaan akan membantu memendekkan jarak perjalanan serta memudahkan urusan pesakit dan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Sarawakku Sayang Bahagian Sarikei 2026, di Kompleks Sukan Sarikei, hari ini.

Dalam pada itu, Len Talif berkata, Sarikei turut memerlukan kemudahan pendidikan tinggi bagi menyediakan lebih banyak peluang kepada golongan muda mengikuti pengajian teknikal dan vokasional di kawasan sendiri.

Menurutnya, antara cadangan yang boleh dipertimbangkan ialah penubuhan kampus cawangan atau institusi latihan teknikal baharu di Sarikei atau Tanjung Manis, terutama susulan pencapaian akademik yang baik dalam kalangan pelajar di bahagian berkenaan.

Dalam aspek sukan pula, Len Talif berkata, Sarikei memerlukan sebuah kompleks tertutup yang mampu menampung jumlah pengguna lebih ramai, terutama bagi penganjuran program dan aktiviti masyarakat.

“penyediaan ketiga-tiga kemudahan berkenaan perlu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pembangunan Sarikei dan meningkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya dalam aspek kesihatan, pendidikan serta aktiviti kemasyarakatan,” katanya.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

  • By Ezmie
  • September 23, 2026
90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

  • By Ezmie
  • September 23, 2026
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

YPNM Sabah mahu risiko jerebu ditangani awal

YPNM Sabah mahu risiko jerebu ditangani awal

Spring Airlines tambah penerbangan Shanghai-Kota Kinabalu kepada dua kali sehari Disember ini

  • By Ithma
  • September 23, 2026
Spring Airlines tambah penerbangan Shanghai-Kota Kinabalu kepada dua kali sehari Disember ini