PDRM terima sembilan laporan kes jenayah RCI TH

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima sembilan laporan polis berhubung kes jenayah komesial termasuk kes di dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH).

Pengarah Jabatan siasatan Jenayah Komersil, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, laporan polis kes terbabit diterima daripada pihak TH, anak syarikat TH dan orang awam.

Katanya, sebanyak lima kertas siasatan telah dibuka di bawah kanun keseksaan membabitkan Akta Tabung Haji 1995, Akta Syarikat 1965 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

“Dalam usaha melengkapkan siasatan, tindakan sedang diambil untuk merakam keteranagan daripada saksi-saksi terlibat dari dalam dan luar negara di samping mendapatkan dokumen yang berkaitan umtuk membantu siasatan.

“PDRM komited untuk memastikan setiap siasatan dijalankan aecara bebas, telus, profesional dan berlandaskan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurut Rusdi, mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sebarang perlakuan jenayah akan diambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Tambahnya, PDRM turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebabkan maklumat yang tidak sahih serhubung siasatan yang sedang dijalankan.

“Sebarang kenyataan atau penyebaran atau penyebaran maklumat yang tidak berasaskan fakta bukan sahaja boleh mengelirukan masyarakat malah berpotensi menjejaskan proses siasatan.

“Sehubungan itu, orang ramai diseru agar mendapatkan maklumat hanya daripada saluran rasmi,” ujarnya.

  • Related Posts

    ‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

    AYER KEROH – “Biar habis persidangan DAP dahulu,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu adalah reaksi ringkas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai keputusan Persidangan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

    AYER KEROH –  Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari diberi mandat penuh dalam menentukan strategi dan gerak kerja parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang. Presiden…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    ‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

    ‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

    Tahap integriti penjawat awam makin baik

    Tahap integriti penjawat awam makin baik

    Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

    Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

    Tian Chua sedia kembali ke PKR

    Tian Chua sedia kembali ke PKR

    Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

    Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

    Demi kestabilan politik, PKR tidak akan ‘ceraikan’ UMNO

    Demi kestabilan politik, PKR tidak akan ‘ceraikan’ UMNO