Maxim perkasa usahawan PKS Sarawak menerusi inisiatif kelengkapan percuma

KUCHING – Syarikat perkhidmatan e-panggilan (e-hailing), Maxim Malaysia terus komited memperkasa usahawan tempatan di seluruh Sarawak menerusi program sokongan perniagaan yang bertujuan meningkatkan keterlihatan dan standard kebersihan premis perniagaan.  

Pengarah Maxim Malaysia, Mohd Hazwan Musley berkata, perusahaan kecil merupakan tulang belakang kepada ekonomi tempatan terutama Sarawak yang memiliki ramai peniaga keluarga serta usahawan komuniti.  

“Kami berharap inisiatif ini dapat memberi sokongan bermakna supaya mereka dapat mengendalikan perniagaan dengan lebih cekap sambil meningkatkan keterlihatan perniagaan dalam komuniti. 

“Baik gerai tepi jalan, restoran milik keluarga mahupun kafe kejiranan, kami percaya setiap usahawan berhak mendapat peluang untuk berkembang,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.  

Inisiatif tersebut giat dilaksanakan di beberapa bandar utama termasuk Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu seiring dengan perluasan operasi syarikat perkhidmatan berkenaan di negeri ini. 

Menerusi kerjasama secara langsung bersama usahawan, Maxim menyalurkan pelbagai kelengkapan perniagaan secara percuma seperti apron berjenama, payung niaga, buku menu, sepanduk, kotak tisu serta pelbagai jenis papan tanda.  

Selain menyerlahkan imej profesional sesebuah premis, sumbangan kelengkapan itu turut membantu peniaga mengekalkan tahap kebersihan semasa penyediaan makanan di kawasan tumpuan awam seperti pasar, medan selera dan gerai tepi jalan. Langkah ini sekali gus berjaya mengurangkan beban kos operasi usahawan.  

Sementara itu, pemilik perniagaan makanan di Kuching, Salleh Bakhri menyifatkan bantuan yang diterima itu memberi impak positif terhadap penampilan gerai dan pengalaman pelanggannya. 

“Bantuan seperti buku menu baharu, papan tanda dan sepanduk menjadikan gerai kami kelihatan lebih kemas dan profesional. Pelanggan kini lebih mudah mengenali perniagaan kami serta melihat menu dengan lebih selesa,” jelasnya.  

Sehingga kini, program sokongan terbuka tanpa bayaran itu telah memberi manfaat kepada ratusan peniaga, penjaja, restoran, institusi pendidikan serta penyedia perkhidmatan di seluruh negara.  

Di Sarawak, Maxim turut aktif menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, institusi pendidikan dan kumpulan komuniti menerusi pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi menyokong pembangunan kemasyarakatan yang mampan.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik