Petronas lancar dua platform digital tingkat tenaga kerja industri minyak dan gas Sabah

KOTA KINABALU – Petronas dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah melancarkan dua platform digital bagi mempertingkat pembangunan tenaga kerja industri minyak dan gas.

Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan di bawah Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Awang Shahminan Awang Sahari berkata, pelancaran kedua-dua platform itu mencerminkan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Sabah dan Petronas.

“Platform yang dilancarkan ialah Permohonan Online Pekerjaan dan Latihan Dalam Industri Minyak dan Gas (Pomigas) serta Sabah Work Pass Online System.

“Inisiatif itu dapat memperluaskan akses kepada peluang pekerjaan dan latihan di samping memperkukuh pembangunan bakat tempatan melalui pendekatan yang lebih terselaras bagi menghubungkan tenaga kerja Sabah dengan keperluan industri, ” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Menurut Datuk Awang, Pomigas merupakan platform dalam talian yang diintegrasikan dengan ‘Sabah Job Portal’ bagi memudah cara akses kepada peluang pekerjaan dan latihan dalam industri minyak dan gas, khususnya kepada belia serta graduan Sabah.

“Platform itu turut menghubungkan bakat tempatan dengan keperluan industri, sekali gus memperkukuh pembangunan tenaga kerja mahir bagi sektor minyak dan gas di negeri ini.

“Sabah Work Pass Online System pula merupakan platform digital yang memudah cara proses permohonan dan pengurusan pas kerja di Sabah” kongsinya.

Dalam pada itu, sistem tersebut membolehkan majikan mengemukakan dokumen, memantau status permohonan serta mempercepatkan proses kelulusan pas kerja melalui penyelarasan dengan pihak berkuasa buruh dan imigresen berkaitan.

Sementara itu, Pengurus Besar Petronas Pejabat Wilayah Sabah dan Labuan, Datuk Siti Ayu Abdul Wahab berkata, Petronas akan terus memperkasa potensi bakat tempatan menerusi pelbagai inisiatif pembangunan modal insan.

“Usaha itu meliputi peningkatan keupayaan tenaga kerja, peluasan akses kepada peluang dalam industri serta pembangunan tenaga kerja minyak dan gas yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan masa hadapan,” katanya.

Difahamkan, Pomigas mula beroperasi pada awal tahun ini, manakala Sabah Work Pass Online System dijadualkan mula beroperasi pada 1 September hadapan.

Related Posts

Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

KOTA KINABALU – Belanjawan 2027 perlu beralih daripada pendekatan pemberian bantuan kepada usaha membina keupayaan ekonomi rakyat dan negeri secara lebih menyeluruh serta berterusan. Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Penambahbaikan kelayakan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang tidak lagi terikat sepenuhnya kepada pemilik berdaftar merupakan langkah positif kerana lebih menepati realiti penggunaan kenderaan di Sabah dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Belanjawan 2027 perlu bina keupayaan ekonomi rakyat, negeri

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China