Gaji bawah minimum, tiada kontrak kerja dikesan dalam operasi antipemerdagangan orang

LUMUT – Amalan membayar gaji di bawah kadar gaji minimum, menggaji pekerja asing tanpa mematuhi prosedur serta gagal menyediakan kontrak pekerjaan antara pelbagai pelanggaran undang-undang yang dikesan menerusi Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Anti Pemerdagangan Orang di sekitar perairan Pulau Pangkor, di sini pada Isnin.

Operasi yang dilaksanakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak bersama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Perak itu turut mengesan majikan membayar gaji secara tunai tanpa mengeluarkan penyata gaji, selain gagal memperoleh Perakuan Penginapan seperti diwajibkan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Perak, Kapten Maritim Mohd Shukri Khotob berkata, operasi membabitkan 37 pegawai dan anggota daripada kedua-dua agensi itu memberi tumpuan kepada pemeriksaan premis perikanan bagi memastikan pematuhan undang-undang buruh, mengesan unsur pemerdagangan orang serta membanteras eksploitasi buruh, khususnya membabitkan pekerja asing.

Menurutnya, pemeriksaan dijalankan di empat premis perikanan yang menggaji 49 pekerja, terdiri daripada 44 warga asing dari Thailand, Kemboja, Laos dan Indonesia, selain lima pekerja tempatan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat majikan yang gagal memaklumkan penggajian pekerja asing kepada Pejabat Tenaga Kerja dalam tempoh 14 hari dari tarikh penggajian sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955.

“Selain itu, terdapat juga majikan yang membayar gaji secara tunai tanpa menyediakan kontrak pekerjaan dan penyata gaji, membayar gaji di bawah kadar gaji minimum yang ditetapkan serta gagal memperoleh Perakuan Penginapan daripada Jabatan Tenaga Kerja,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, semua majikan yang didapati melanggar peruntukan undang-undang akan disiasat sebelum tindakan lanjut diambil oleh JTK Negeri Perak mengikut peruntukan yang berkuat kuasa.

Mohd Shukri berkata, operasi bersepadu itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh penguatkuasaan rentas agensi bagi memastikan kebajikan pekerja terus dipelihara, di samping membanteras pemerdagangan orang dan eksploitasi buruh.

Katanya, Maritim Malaysia akan terus memperkukuh kerjasama strategik dengan agensi berkaitan bagi membanteras jenayah rentas sempadan, termasuk pemerdagangan orang dan eksploitasi buruh, sekali gus menjamin keselamatan perairan negara serta melindungi hak dan kebajikan pekerja.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok