Wanita luar bandar Telang Usan digesa rebut peluang ekonomi digital

LONG LAMA – Golongan wanita yang menetap di luar bandar disaran agar terus meningkatkan penguasaan teknologi serta kemahiran digital bagi membolehkan mereka memanfaatkan peluang ekonomi negeri yang semakin berkembang pesat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Datuk Dennis Ngau berkata, kaum ibu memainkan peranan besar dalam institusi keluarga dan masyarakat, justeru mereka perlu pantas menyesuaikan diri dengan arus perubahan tersebut.

“Masyarakat luar bandar tidak seharusnya berasa ketinggalan Kerana kerajaan Sarawak sentiasa menyediakan pelbagai peluang dan sokongan kepada rakyat tanpa mengira latar belakang bagi meningkatkan taraf hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Daerah Telang Usan 2026 di Dewan SJK (C) Kee Tee pada Ahad.

Program yang menghimpunkan kira-kira 200 peserta itu turut diserikan dengan siaran langsung amanat oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang menekankan soal pemerkasaan wanita selaras dengan tema ‘Sarawak Women in Digital Economy’.

Pada masa sama, Dennis turut menggesa golongan wanita dan ibu bapa agar memberi tumpuan serius terhadap pendidikan anak-anak dengan menggalakkan pendedahan awal dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Langkah itu jelasnya, amat bertepatan dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang memberi penekanan terhadap ekonomi berasaskan inovasi dan teknologi digital.

Selain itu, beliau mengingatkan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) untuk terus aktif menyalurkan maklumat berhubung inisiatif kerajaan ke peringkat akar umbi agar manfaatnya dapat dirasai oleh semua lapisan rakyat.

Sementara itu, Penolong Pegawai Daerah Telang Usan, Norhidayah Hasbullah berharap kumpulan sasar di daerah tersebut akan memaksimumkan penggunaan peluang yang ada menerusi pelbagai program latihan dan keusahawanan.

Terdahulu, program dimeriahkan dengan pelbagai acara sukaneka komuniti, disusuli sesi penyampaian hadiah dan cenderamata kepada pemenang serta tetamu kehormat.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok