Sarawak dipilih tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2026

KUCHING – Kehadiran Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil ke mesyuarat pertama Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia 2026 disambut mesra oleh barisan pemimpin Sarawak.

Suasana mesyuarat kelihatan santai namun penuh semangat kerjasama antara pihak kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sarawak.

Antara pemimpin negeri yang hadir bersama ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala, barisan Timbalan Menteri Sarawak lain dan wakil tertinggi kementerian dari Putrajaya.

Dalam ucapan pembukaannya, Fahmi meluahkan rasa syukur kerana kedua-dua pihak dapat berkumpul untuk memulakan perancangan acara besar negara itu.

Beliau turut merakamkan penghargaan khas kepada Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah atas komitmen jitu pihak negeri.

Pertemuan muhibah ini menjadi langkah pertama yang penting untuk memastikan sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2026 nanti berjalan dengan lancar dan meriah.

Difahamkan tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 iaitu ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’.

Related Posts

Pahang perkukuh industri perikanan, hiliran

KUANTAN – Pahang memperkukuh rantaian industri perikanan negeri dengan memberi tumpuan kepada teknologi pemprosesan, penyimpanan dan pembangunan produk hiliran berasaskan hasil laut. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

KOTA KINABALU – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) akan menyelaras dengan agensi berkaitan bagi menyemak pematuhan pengendali, vesel, aktiviti pelancongan dan kemudahan susulan kematian seorang pelancong China…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang perkukuh industri perikanan, hiliran

Pahang perkukuh industri perikanan, hiliran

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar