DKU isytihar jawatan Undang Luak Jelebu kosong, sahkan pelantikan Undang Sungei Ujong dan Rembau

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mengesahkan pelantikan Datuk Klana Petra Muhammad Faris Johari sebagai Undang Luak Sungei Ujong dan Datuk Sedia Raja Haji Hassan Ab Hamid sebagai Undang Luak Rembau.

Selain itu, DKU turut mengisytiharkan jawatan Undang Luak Jelebu kosong selepas penyandangnya didapati dipecat mengikut adat.

Keputusan itu dibuat pada Persidangan DKU yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 31 Julai lalu.

Dalam persidangan tersebut, Undang Luak Sungei Ujong, Undang Luak Rembau dan Tunku Besar Seri Menanti turut hadir bagi memenuhi syarat korum di bawah Fasal 20 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Dalam perutusan rasmi yang dikeluarkan Setiausaha DKU hari ini, persidangan itu menerima serta mengiktiraf pelantikan Datuk Klana Petra Muhammad Faris Johari sebagai Undang Luak Sungei Ujong dan Datuk Sedia Raja Haji Hassan Ab Hamid sebagai Undang Luak Rembau, selepas kedua-duanya melalui Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang pada 27 Jun lalu mengikut adat luak masing-masing.

DKU turut mengambil maklum bahawa penyandang pusaka Datuk Shahbandar Sungei Ujong, Datuk Seri Utama Haji Badarudin Abdul Khalid, telah dilucutkan mengikut Adat Luak Sungei Ujong berkuat kuasa 30 Julai 2026.

Sehubungan itu, jawatan Datuk Shahbandar Sungei Ujong disahkan kosong mengikut Perkara XV(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 manakala proses pelantikan penyandang baharu sedang dilaksanakan mengikut adat.

Dalam perkembangan sama, DKU memutuskan menerima ketetapan waris, anak buah dan Ibu Soko Waris Berundang daripada tiga Perut Kemin Teriang, Kemin Beringin dan Kemin Bemban yang memecat Datuk Maarof Mat Rashad sebagai Penyandang Pusaka Undang Luak Jelebu Ke-16 berkuat kuasa mulai 31 Mei 2023 atas kesalahan adat.

Susulan keputusan itu, DKU mengisytiharkan jawatan Undang Luak Jelebu kosong, manakala semua tindakan yang dibuat oleh Datuk Maarof selepas tarikh tersebut dianggap tidak sah. Darjah Tertinggi Negeri Sembilan (DTNS) yang digunakan ketika menyandang jawatan itu turut gugur.

Selain itu, DKU turut mengisytiharkan dokumen bertarikh 19 April 2026 sebagai tidak berperlembagaan kerana melanggar Perkara X Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, sekali gus tidak mempunyai sebarang kesan di sisi undang-undang.

DKU juga memutuskan bahawa individu yang mendakwa memegang jawatan Undang Luak Sungei Ujong, Undang Luak Rembau dan Undang Luak Jelebu, iaitu Haji Mubarak Thahak, Haji Abdul Rahim Haji Yasin dan Haji Maarof Mat Rashad, masing-masing telah terhenti daripada memegang atau tidak pernah memegang jawatan tersebut secara sah mengikut adat dan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri diarahkan mengambil tindakan sewajarnya bagi melaksanakan semua keputusan dan pertimbangan yang diputuskan oleh Dewan Keadilan dan Undang.

Related Posts

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

PUTATAN – Golongan muda di Sabah digalakkan berani mencuba perkara baharu dan meneroka potensi diri kerana langkah kecil hari ini mampu berkembang menjadi kemahiran, kerjaya atau kejayaan pada masa hadapan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

KOTA KINABALU – Empat projek menaik taraf jalan di kawasan Parlimen Sepanggar yang telah mendapat kelulusan Kementerian Ekonomi disasarkan dapat disiapkan tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya