FIFA mula prosiding siasatan terhadap pasukan Argentina

FIFA membuka prosiding tatatertib terhadap Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) dan beberapa pemain negara itu susulan beberapa dakwaan pelanggaran disiplin sepanjang kempen Piala Dunia, termasuk tindakan mempamerkan sepanduk berkaitan tuntutan kedaulatan ke atas Kepulauan Falkland.

Selepas kemenangan Argentina ke atas England pada separuh akhir di Atlanta, beberapa pemain mengangkat sepanduk tertera slogan ‘Las Malvinas Son Argentinas’ (Kepulauan Falkland adalah milik Argentina).

FIFA memaklumkan penggunaan acara sukan bagi tujuan demonstrasi yang tidak berkaitan dengan sukan berkemungkinan melanggar Kod Tatatertib badan induk bola sepak dunia itu.

Pada 2014, Argentina pernah didenda 20,000 pound (RM108,600) kerana mempamerkan sepanduk sama sebelum aksi persahabatan menentang Slovenia.

Selain isu berkenaan, FIFA turut menyiasat beberapa lagi dakwaan pelanggaran sepanjang kejohanan, termasuk laungan dan isyarat berunsur diskriminasi, kelewatan sepak mula, kegagalan mematuhi protokol keselamatan, paparan mesej tidak sesuai oleh pasukan dan penyokong serta insiden penyokong membaling objek ke dalam padang.

Dalam perkembangan sama, FIFA turut membuka prosiding tatatertib terhadap beberapa pemain susulan insiden selepas final di New Jersey yang menyaksikan Sepanyol menewaskan Argentina 1-0 menerusi masa tambahan.

Pergaduhan singkat tercetus sejurus wisel penamat apabila pemain tengah Argentina, Leandro Paredes, menolak Gavi sehingga terjatuh ketika pemain simpanan Sepanyol memasuki padang untuk meraikan kemenangan.

Paredes berdepan tiga pertuduhan berkaitan serangan fizikal, manakala Nahuel Molina dikenakan dua pertuduhan.

Molina, Thiago Almada, pegawai Argentina Roberto Ayala dan pemain Sepanyol, Gavi, masing-masing turut berdepan satu pertuduhan kerana berkelakuan tidak spotif.

“Selaras dengan Kod Tatatertib FIFA, semua pihak yang terbabit kini diberi peluang mengemukakan penjelasan sebelum Jawatankuasa Tatatertib FIFA membuat keputusan sewajarnya,” menurut kenyataan FIFA.

Related Posts

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

MANCHESTER United meraikan kepulangan ke Liga Juara-Juara Eropah selepas tiga musim dengan kemenangan 4-0 ke atas juara Azerbaijan, Sabah. Matheus Cunha, Bruno Fernandes, Benjamin Sesko dan Lisandro Martinez menjaringkan gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan