Selangor arah tindakan segera terhadap penempatan haram warga asing di Setia Alam

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengarahkan tindakan penguatkuasaan segera terhadap penempatan haram warga asing di Kampung Budiman, Setia Alam yang dipercayai telah wujud sejak puluhan tahun.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan itu dibuat susulan arahan Mesyuarat Majlis Tindakan Keselamatan Negeri (MKTN) Selangor yang mahu tindakan terhadap pencerobohan tanah dipercepatkan.

Menurut beliau, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengeluarkan notis kepada pemilik tanah yang terlibat sebelum tindakan lanjut dilaksanakan mengikut status pemilikan tanah.

“Jika tanah itu milik kerajaan, tindakan akan diambil segera. Sekiranya tanah persendirian, pemilik akan diminta mengambil tindakan terlebih dahulu dengan tempoh yang munasabah sebelum penguatkuasaan dilaksanakan,” katanya pada Selasa.

Amirudin menjelaskan isu penempatan haram itu bukan perkara baharu kerana notis serta operasi penguatkuasaan pernah dilaksanakan sebelum ini, namun tindakan susulan kini akan dipercepatkan selaras dengan keputusan MKTN.

Katanya, pegawai daerah juga telah diberi arahan jelas supaya bertindak terhadap sebarang pencerobohan di tanah milik kerajaan.

Pada Isnin lalu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memaklumkan sedang menyiasat dakwaan kewujudan semula penempatan haram warga asing di kawasan berkenaan walaupun operasi penguatkuasaan telah dijalankan pada awal April.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi akan dilaksanakan sekiranya siasatan mengesahkan dakwaan tersebut.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana